Permohonan Skim Pinjaman TEKUN Nasional 2022 (Borang). Anda berminat nak berniaga tetapi tiada modal? Panduan buat anda yang ingin membuat pinjaman perniagaan sebagai modal untuk mulakan bisnes. Untuk makluman, TEKUN Nasional ada menyediakan satu skim pinjaman iaitu Skim Pembiayaan TEKUN Niaga kepada usahawan memulakan perniagaan secara mikro. Permohonan ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan dan dihantar kepada cawangan Pejabat TEKUN.

TEKUN Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. TEKUN Nasional ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula atau memajukan lagi perniagaan mereka. Kini, TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.
Permohonan Skim Pinjaman TEKUN Nasional 2022
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang skim pinjaman TEKUN Nasional termasuk memaparkan cara permohonan, syarat kelayakan dan jumlah pinjaman :
Jumlah Pinjaman TEKUN Nasional
A. Skim Pinjaman Mikro
- Jumlah Pinjaman : RM1,000 – RM5,000
- Tempoh Bayaran : Sehingga 3 tahun
B. Skim Pinjaman Kecil
- Jumlah Pinjaman : RM10,000 – RM50,000
- Tempoh Bayaran : Sehingga 5 tahun
C. Skim Pinjaman Sederhana
- Jumlah Pinjaman : RM50,000 – RM100,000
- Tempoh Bayaran : Sehingga 10 tahun
Nota : Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh. Maklumat lanjut, sila layari http://www.tekun.gov.my/ms/kaedah-bayaran-balik/.
Syarat Kelayakan Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
Antara syarat-syarat kelayakan Skim Pembiayaan TEKUN Niaga adalah seperti berikut :
1. Bumiputera dan warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 hingga 60 tahun sahaja.
3. Pemohon bukan seorang muflis.
4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia.
5. Mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempata (PBT).
6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile).
7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan.
8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300.000.
10. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
11. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project).
12. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
13. Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
14. Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran.
15. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
Cara Mohon Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
Usahawan yang berminat boleh menghantar permohonan melalui Pejabat TEKUN Cawangan yang berdekatan dengan premis atau lokasi perniagaan pemohon.
Nota : Untuk dapatkan soalan lazim tentang Skim Pembiayaan TEKUN Niaga boleh rujuk pautan ini https://www.tekun.gov.my/ms/usahawan-tekun/skim-pembiayaan-tekun-niaga/soalan-lazim-skim-pembiayaan-tekun-niaga/
Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03 90598888 atau layari laman web www.tekun.gov.my.
Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan TEKUN. Laman ini hanya kongsikan atau sampaikan informasi kepada umum sahaja.
Bagusnya… Bertambah lagi bantuan kerajaan bagi mereka yang nak tambahkan pendapatan.
Boleh tak kalau saye nak wat pinjaman tekun
Sye nak berniaga, memerlukan modal untuk brg2 kperluan sprti khemah, meja dan apa shaja yg bkenaan