Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2017

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2017 | Adakah anda pelajar lepasan SPM tahun 2017? Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2017 yang telah diumumkan pada 15 Mac 2018. Apakah persiapan anda sama untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam atau bekerja? Bagi anda yang rasa kurang pasti dengan keputusan SPM, calon boleh kemukakan permohonan semak semula keputusan SPM sejurus keputusan diumumkan secara rasmi.

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2017

Untuk pengetahuan, permohonan semakan semula result SPM hendaklah dibuat menggunakan Borang LP/Am 65 Pin 1/2017 dalam masa 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2017. Borang ini boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my.

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2017

Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang permohonan semakan semula keputusan SPM 2017 sebagai panduan buat semua calon :

Borang Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2017

Bagi calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan SPM 2017, anda boleh merujuk cara seperti di bawah ;

○ Borang Rayuan : KLIKSINI

A. Permohonan melalui pos

○ Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang

ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2016) supaya tidak tercicir.

○ Cek persendirian tidak diterima.

B. Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan

○ Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima.

○ Cek persendirian tidak diterima.

Panduan Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan SPM 2017

1. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan. Kadar bayaran proses penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.

2. Permohonan perlu disertakan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

3. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2016) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan, Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.00 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “SEMAK SEMULA SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:

Pengarah Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 8, Blok E11

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

(u.p.: Unit SPM)

4. Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM tidak akan diproses.

5. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan lanjut calon boleh mengajukan kepada Unit SPM melalui talian 03-8884 3332 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui e-mel lp.spm@moe.gov.my

Selamat membuat Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan SPM tahun 2017.

Leave a Reply