Permohonan IPG 2018 PISMP Online Lepasan SPM

Permohonan IPG 2018 PISMP Online Lepasan SPM | Adakah anda calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Bilakah tarikh permohonan IPG bagi kemasukan Institut Pendidikan Guru sesi 2018? Panduan buat anda pelajar lepasan SPM yang berminat menjadi warga pendidik, dimana bagi pemohon yang berkelayakan boleh membuat Permohonan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan sesi ambilan tahun 2018 menerusi secara online di portal KPM. Dijangka permohonan baru IPG akan dibuka pada bulan Mac 2018. Berdasarkn tahun lepas, permohonan PISMP calon guru telah dibuka pada 23 Mac 2017.

Permohonan IPG 2018 PISMP Online Lepasan SPM

Untuk makluman, program PISMP ini dikhususkan bagi melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang membabitkan pelbagai khusus bagi keperluan di sekolah rendah. Pelajar PISMP perlu mengikuti pengajian selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester bagi melayakkan mereka memperolehi Ijazah Sarjana Muda sebelum ditempatkan mengajar di sekolah seluruh Malaysia. Kini, IPGM mengendalikan sebanyak 27 buah kampus.

Permohonan IPG 2018 PISMP Online Lepasan SPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan IPG 2018 meliputi tarikh penting permohonan dan aplikasi online :

○ Syarat Kemasukan Maktab Perguruan IPG 2018

Tarikh Permohonan IPG 2018

● Tarikh Permohonan: Akan dikemaskini (Dijangka minggu ke-4 bulan Mac 2018)

● Aplikasi Online : IPG PISMP

Cara Permohonan IPG 2018 Online

Permohonan IPG PISMP ambilan 2018 boleh dibuat secara online seperti berikut :

1. Permohonan IPG 2018 boleh dibuat secara online di portal web KPM http://www.moe.gov.my .

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.

6. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Syarat Kemasukan Maktab Perguruan 2018 Lepasan SPM

Antara syarat kelayakan IPG Institut Pendidikan Guru adalah seperti berikut :

A. Syarat Umum IPG

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1998.

3. Sihat tubuh badan dan tidak ada penyakit kronik.

4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

B. Syarat Akademik IPG

5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum).

6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah Lulus Bahasa Inggeris.

7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. Rujuk disini 👉 Senarai Lengkap Bidang Pengkhususan

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi di :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3,BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6693/6689/6627/6720/6733/6730/6731/6758/6760/6768/6769

Selamat membuat permohonan IPG 2018 secara online. Semoga hasrat anda menjadi guru tercapai dan dapat berkhidmat kepada pelajar.

Leave a Reply