Semakan Keputusan UPU 2018 Lepasan SPM/ STPM & Setaraf

Semakan Keputusan UPU 2018 Lepasan SPM/ STPM & Setaraf | Adakah anda pelajar lepasan SPM/ STPM dan Setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam sesi akademik 2018/2019? Panduan buat calon yang telah membuat permohonan UPUOnline sesi 2018 bagi kemasukan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Untuk makluman menerusi portal rasmi UPU, pemohon boleh membuat semakan keputusan UPU 2018 secara online bermula pada 21 Mei 2018 bagi lepasan SPM manakala bagi lepasan STPM/setaraf akan diumumkan pada sekitar bulan Ogos 2018.

Semakan Keputusan UPU 2018 Lepasan SPM/ STPM & Setaraf

Semakan Keputusan UPU 2018 Lepasan SPM/ STPM & Setaraf

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara semakan keputusan UPU 2018/2019 termasuk memaparkan tarikh-tarikh penting dan pautan semakan UPU

Tarikh Semakan Keputusan UPU 2018

○ Tarikh Semakan: 21 Mei hingga 25 Mei 2018 (lepasan SPM), sekitar bulan Ogos 2018 (lepasan STPM/ Setaraf)

○ Aplikasi Semakan: Akan dikemaskini

Artikel Berkaitan : Tarikh Penting Permohonan UPU 2018/2019 ke UA/IPTA

Cara Semakan Keputusan UPU 2018 Online dan SMS

Berikut adalah panduan atau cara-cara semakan keputusan tawaran UPU sesi 2018/2019 secara online atau menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) seperti di bawah :

A. Semakan Keputusan UPU 2018 Secara Online

1. Pemohon boleh membuat semakan tawaran UPU secara online dengan layari di portal web UPU melalui pautan (Akan dikemaskini).

2. Selain sistem rasmi UPU, anda boleh layari saluran alternatif secara terus ke laman web universiti-universiti tempatan melalui pautan seperti berikut ;

○ UMS :  http://jpt.ums.edu.my

○ UNIMAS : https://jpt.unimas.my

○ UTM : https://intake.utm.my/semakan/

○ UUM : http://jpt.uum.edu.my

3. Bagi pemohon yang berjaya, anda perlu membuat pengesahan tawaran pengajian dan juga perlu mencetak surat tawaran rasmi melalui portal rasmi UPU pada tarikh yang akan dikemaskini kelak.

Nota : sistem aplikasi semakan akan diaktifkan setelah tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan secara rasmi.

B. Semakan Keputusan UPU 2018 Melalui SMS

1. Universiti Awam dan Politeknik Premier

○ Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan SMS ke 15888

2. Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA

○ Taipkan: UPU<jarak>TVET<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan SMS ke 15888

Permohonan Rayuan UPU 2018

Berikut adalah tarikh penting dan cara membuat permohonan rayuan UPU sesi akademik 2018/2019 ;

1. Bagi pemohon yang gagal mendapat tawaran UPU, anda boleh mengemukakan rayuan UPU secara online yang akan DIBUKA mulai 21 Mei hingga 25 Mei 2018.

2. Permohonan rayuan hanya layak dipohon bagi pemohon yang gagal mendapat tempat atau tawaran kemasukan ke Universiti Awam sahaja.

3. Untuk membuat permohonan rayuan UPU secara online, pemohon boleh rujuk disini.

Sebarang keterangan lanjut, anda boleh hubungi di talian helpline UPU 03 – 8870 8200 atau layari ke portal rasmi UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/.

Selamat membuat semakan keputusan permohonan UPUOnline sesi akademik 2018/2019 secara online atau menerusi SMS. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke universiti awam di Malaysia.

Leave a Reply