Permohonan Rayuan BSH 2020 Yang Dibenarkan Secara Online. Nak buat rayuan Bantuan Sara Hidup 2020? Panduan buat pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang berstatus tidak lulus. Untuk makluman menerusi Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bagi pemohon BSH yang berstatus tidak lulus boleh kemukakan rayuan bermula daripada 7 Ogos hingga 6 September 2020. Permohonan rayuan ini boleh dilakukan secara dalam talian (online) atau hadir sendiri ke cawangan LHDN yang berdekatan.

Permohonan Rayuan BSH 2020 Yang Dibenarkan Secara Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan tarikh dan cara rayuan serta dokumen sokongan diperlukan :
Tarikh Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020
Bagi mereka yang berstatus tidak lulus boleh membuat permohonan rayuan BSH 2020 yang akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.
Syarat Kelayakan Mohon Rayuan BSH 2020
a. Pemohon yang berstatus tidak lulus BSH 2020
b. Rayuan tambahan kelayakan anak dan perubahan pendapatan bagi pemohon yang berstatus tidak lulus BSH 2020
Cara Mohon Rayuan BSH 2020 Online
1. Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx. Permohonan rayuan secara online hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja.
2. Kemudian, sekiranya dipaparkan ‘Rayuan’, anda boleh kemukakan rayuan BSH secara online.
3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik pada butang ‘Semak’.

4. Anda akan diberikan dua soalan keselamatan. Jika soalan tiada berkaitan dengan permohonan anda, sila masukkan TIADA.

5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk dikemaskini.
6. Sekiranya selesai permohonan rayuan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

Kod Tidak Lulus BSH 2020 Dibenarkan Dalam Talian

Nota : Untuk permohonan rayuan BSH 2020 secara online hanya dibenarkan bagi kod tidak lulus BSH tertentu sahaja. Sila semak disini.
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi di talian :
- Web : https://bsh.hasil.gov.my/
- Hotline BSH LHDNM : 1-800-88-2747.
- Hotline BSH MoF : 03-8882-4565
- Emel : bsh@treasury.gov.my
BACA JUGA : Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Redeem Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go


