Permohonan Politeknik 2022 Online Kemasukan Julai & Disember. Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian di Politeknik. Untuk makluman, bagi pelajar yang berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke Politeknik ambilan Julai 2021 menerusi portal UPU. Permohonan ini telah dibuka pada 4 Januari hingga 31 Mac 2021.

Bermula tahun 2015 nama panggilan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diberikan khususnya kepada Politeknik dan Kolej Komuniti manakala universiti menggunakan nama Universiti Awam (UA). Kini, terdapat 36 buah Politeknik di Malaysia yang dibahagikan kepada 3 jenis iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik MeTRO. Permohonan kemasukan ke Politeknik akan dibuka dua kali dalam setahun iaitu sesi Julai (melalui UPUOnline) dan Disember (melalui portal Politeknik).
Permohonan Politeknik 2022 Online Kemasukan Julai & Disember
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Politeknik bagi program Diploma termasuk memaparkan tarikh permohonan, aplikasi online dan cara hubungi :
Tarikh Kemasukan Politeknik Sesi 1 2021
- Permohonan Baharu : 4 Januari – 31 Mac 2021
- Semakan Panggilan Temuduga untuk permohonan Diploma Kejuruteraan Perkapalan : 26 April 2021
- Sesi Temuduga : 3 Mei – 12 Mei 2021
- Keputusan Permohonan : 16 Julai 2021
- Permohonan Rayuan : 16 Julai – 25 Julai 2021
- Pendaftaran Pelajar Baharu : 20 September 2021
Syarat Kemasukan ke Politeknik 2021
Sebelum permohonan online, calon perlu membuat semakan syarat kemasukan dan senarai program yang ditawarkan di Politeknik menerusi portal http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/.
Senarai Bidang Ditawarkan di Politeknik
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Elektrikal
- Kejuruteraan Perkapalan
- Kejuruteraan Petrokimia
- Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat
- Perdagangan
- Perlancongan dan Hospitaliti
- Rekabentuk dan Komunikasi Visual
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Cara Permohonan Kemasukan ke Politeknik Sesi 1 2021
1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web UPU https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login.
2. Pelajar tidak perlu membuat pembelian No PIN UPU untuk kemasukan sesi Julai 2021.
3. Cetak slip permohonan selepas isi maklumat dengan lengkap sebagai bukti permohonan Politeknik anda.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan Politeknik sila hubungi di talian :
Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Tel: 03-8888 3837
Faks: 03-8888 2733
Emel: jppkk.ambilan@mohe.gov.my
Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Politeknik di Malaysia ambilan baharu.