Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Lulus Atau Tidak

Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Lulus Atau Tidak. Nak semak pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun Kedua? Panduan buat pencarum KWSP yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP akaun kedua pada 1 April 2020. Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP untuk mengetahui sama ada diluluskan permohonan atau masih dalam proses dan ditolak. Dijangka anda akan menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada Mei 2020.

Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Lulus Atau Tidak

Ahli KWSP boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021. Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan oleh pencarum adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan. Ahli boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP secara online menerusi i-Akaun atau secara emel dan pos.

Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Lulus Atau Tidak

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan langkah-langkah semakan :

Pengeluaran i-Lestari KWSP bertujuan adalah untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh wabak COVID-19. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

Cara Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP

A. Melalui i-Akaun

1. Anda boleh semak secara atas talian melalui laman web i-Akaun atau aplikasi i-Akaun.

2. Klik pada peti mesej atau inbox.

3. Akan dipaparkan status permohonan sama ada lulus atau proses permohonan.

Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Lulus Atau Tidak

B. Melalui Laman Web KWSP

1. Layari secara online di laman web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/.

2. Pilih ‘Pengeluaran’ dan klik pada status pengeluaran.

3. Lihat pada status permohonan sama ada LULUS atau PROSES PERMOHONAN.

Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Lulus Atau Tidak
Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Lulus Atau Tidak

Maksud Status

SUBMITTED
Permohonan anda telah dihantar ke KWSP dan sedang masih diproses.

REGISTERED
Permohonan anda telah diterima dan sedang diproses.

APPROVED
Permohonan anda dah diluluskan. Tidak perlu buat apa-apa dan tunggu duit masuk sahaja di akaun bank masing-masing.

REJECTED
Permohonan anda ditolak sama ada masukkan maklumat yang salah atau tidak dibenarkan, contohnya masuk nombor akaun pihak ketiga.

NOTA : Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Telefon : 03 8922 6000
Faks : 03 8922 6222
Masa Operasi : (Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 6.00 Petang)

BACA JUGA : Soalan Lazim Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2

2 Comments

  1. norzaleha binti ibrahim April 13, 2020

Leave a Reply