Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2021 Online (Tentera Udara)

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2021 Online (Tentera Udara). Anda berminat menjadi anggota beruniform dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)? Panduan buat anda dimana Tentera Udara Diraja Malaysia mempelawa calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menghadiri siri temuduga terkini pengambilan perajurit muda udara siri 64/21 lelaki sahaja. Permohonan TUDM ini telah dibuka bermula pada 1 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020.

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2021 Online (Tentera Udara)

Bagi anda yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan secara online untuk Pengambilan Perajurit Muda Udara TLDM 64/21 yang sedia berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat di dalam pelbagai kepakaran dan cawangan. Permohonan ini sangat sesuai bagi calon lepasan SPM, SKM dan Diploma yang sihat tubuh badan boleh mengemukakan permohonan TUDM. Calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Udara sesi 64/21.

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2021 Online (Tentera Udara)

Berikut dikongsikan adalah Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraha Malaysia termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Perajurit Muda TUDM

Antara syarat-syarat kelayakan kemasukan TUDM adalah seperti berikut :

A. SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. TUGAS KHUSUS. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang tertentu dan mendapat Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. SPM. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

B. SYARAT KELAYAKAN ASAS

1. Umur. Pemohon mesti berusia diantara 18 hingga 25 tahun 1 Jun 2021.

2. Tahap Kesihatan. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa alat bantuan.

3. Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut:

  • Berat Badan Minimum. 47.5 kg.
  • Ketinggian Minimum. 1.62 meter.
  • Indeks Jisim Badan (BMI). Diantara 18 hingga 25.
  • Ukuran Dada Minimum. 76 cm (keadaan biasa).

4. Kecergasan Jasmani. Memiliki kecergasan jasmani yang tinggi.

5. Keutamaan akan diberi kepada atlit yang sedang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.

Cara Permohonan Perajurit Muda TUDM Online

1. Pemohon yang berminat dan berkelayakan boleh mengisi borang permohonan TUDM secara online menerusi laman web https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/

2. Daftar sebagai pemohon bagi yang belum mempunyai akaun.

3. Log masuk ke bahagian pemohon.

4. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.

5. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Nota : Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

Jadual Senarai Diploma Tugas Khusus

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2018 Online

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :

No. Tel: 013-6893814
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg

BACA JUGA : Permohonan Laskar Muda TLDM 2021

Leave a Reply