Permohonan Laskar Muda TLDM 2020 Online (Tentera Laut)

Permohonan Laskar Muda TLDM 2020 Online (Tentera Laut). Bilakah tarikh Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2020? Berita baik buat anda yang ingin menyertai TLDM sebagai Laskar Muda atau Perajurit Muda ambilan baharu. Untuk makluman menerusi daripada Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia, pihak TLDM kini mempelawa belia/beliawanis tanah air yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan bagi pengambilan Laskar Kanan/ Perajurit Muda 2020.

Permohonan Laskar Muda TLDM 2018 Online

Bagi yang berminat boleh membuat permohonan Tentera Laut Diraja Malaysia secara online mulai sekarang untuk pengambilan perajurit muda TLDM 218/18 yang sedia berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat TLDM. Permohonan ini sangat sesuai bagi calon lepasan SPM yang sihat tubuh badan dan mempunyai pencapaian akademik yang baik layak membuat Permohonan Laskar Muda TLDM 2018. Calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda 218/2018.

Permohonan Laskar Muda TLDM 2020 Online (Tentera Laut)

Berikut dikongsikan adalah tentang pengambilan Tentera Laut Diraja Malaysia 2020 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

○ Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2020

Syarat Kelayakan Pengambilan Laskar Muda 2020

Antara syarat-syarat yang pemohon perlu mematuhi :

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian di dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 hingga 23 tahun pada tarikh 5 Mac 2018.

4. Taraf perkahwinan bujang.

5. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN atau kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

6. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

7. Taraf kesihatan sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, penyakit kronik yang lain dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Peruhatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

8. Calon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

9. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5 (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.

Cara Permohonan Laskar Muda 2020 TLDM

Permohonan pengambilan Laskar Muda TLDM Siri 218/18 boleh dibuat secara online di laman web www.mafhq.mil.my/. Bagi anda yang kali pertama membuat permohonan, daftar terlebih dahulu manakala mereka yang pernah daftar hanya perlu login akaun.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh terus hubungi di talian 03- 20713303/ 3177.

Leave a Reply