Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2020 BSH Terkini. Nak mohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020? Berita baik buat rakyat Malaysia, dimana kerajaan masih meneruskan Bantuan Sara Hidup kepada golongan isi rumah termasuk bujang yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan dan berusia 40 tahun dan ke atas. Menerusi Belanjawan 2020, kerajaan telah menetapkan dengan pemberian bantuan hanya RM300 kepada 1.1 juta golongan bujang lebih 40 tahun. Tambahan golongan OKU berusia 18 tahun dan ke atas dengan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan akan turut menerima bantuan kewangan ini. Untuk artikel kali ini dikongsikan tentang syarat kelayakan permohonan baru BSH 2020.
Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2020 BSH Terkini
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kelayakan permohonan BSH 2020 termasuk memaparkan aplikasi permohonan dan semak status permohonan :
Tarikh Pendaftaran BSH 2020
Permohonan baru dan kemaskini BSH 2020 boleh dibuat bermula pada 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
Syarat Kriteria BSH 2020
A. Isi Rumah
i. Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia
- Jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
ii. Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR /MyKAS)
iii. Anak (jika mempunyai anak)
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja;
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja;
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan;
- Had Umur adalah 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
B. Bujang
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Lelaki atau wanita yang berumur iaitu 40 tahun hingga 59 tahun atau OKU yang berumur 18 tahun hingga 59 tahun
Cara Permohonan Baru BSH 2020
Permohonan baru Bantuan Sara Hidup 2020 boleh dibuat dua cara iaitu secara online menerusi laman web https://bsh.hasil.gov.my/ atau dapatkan borang melalui cawangan LHDNM /Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
ARTIKEL BERKAITAN : Permohonan Baru dan Kemaskini BSH 2020
Semakan Status Permohonan BSH 2020
Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://bsh.hasil.gov.my/
Untuk keterangan maklumat lanjut tentang Bantuan Sara Hidup 2020, sila hubungi No. Hotline LHDNM 1-800-88-2747 atau hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
BACA JUGA : Semakan Status Permohonan BSH 2020