Skim ADAM50 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Semakan Amanah Dana Anak Malaysia 2050. Berita baik kepada anak-anak dimana menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, memaklumkan bahawa Amanah Dana Anak Malaysia 2050 akan terus dilaksanakan tahun 2020. Untuk makluman, Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ringkasnya ADAM50 adalah merupakan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 dan insentif percuma diberikan setiap anak Malaysia yang lahir pada 1 Januari 2018 hingga 2022. Ibu bapa atau penjaga perlu berdaftar ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk mendaftar Skim ADAM50.

Skim ADAM50 dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menjamin masa depan anak-anak muda generasi TN50. Unit insentif percuma akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera setelah proses pendaftaran dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”) dan Ejen ASNB*.
Skim ADAM50 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Semakan Amanah Dana Anak Malaysia 2050
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia 2050 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara mendaftar dan semakan online :
Kriteria dan Syarat Kelayakan Skim ADAM50
Antara syarat-syarat umum pendaftaran Skim ADAM50 adalah seperti berikut :
● Warganegara Malaysia.
● Bayi lahir dalam tempoh masa mulai 1 Januari 2018 hingga 2022.
● Ibu/ Bapa atau Penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia dan berusia 18 tahun ke atas semasa pendaftaran skim ADAM50.
● Ibu Bapa atau Penjaga berdaftar tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan.
Cara Mendaftar Skim ADAM50
1. Ibu bapa atau penjaga perlu berdaftar ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB (Maybank, Maybank Islamic, CIMB, CIMB Islamic, RHB, RHB Islamic, AmBank, Affin Bank dan Pos Malaysia) untuk mendaftar ADAM50.
2. Pendaftaran hendaklah dilakukan dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi.
3. Dokumen yang perlu dibawa untuk pendaftaran Skim ADAM50 seperti berikut :
i. Dokumen pengenalan diri (MyKad) ibu/ bapa/ penjaga berdaftar.
ii. Dokumen pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran.
iii. Dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, Perintah Mahkamah atau lain-lain jika pendaftaran dibuat.
Nota: Ibu atau bapa yang datang untuk membuat pendaftaran ADAM50 digalakkan untuk mengemaskini butiran pasangan dan anak-anak yang lain bagi tujuan hebahan perancangan kewangan yang dibuat oleh ASNB pada masa akan datang.
Untuk keterangan lanjut tentang Skim Adam50, sila layari di laman web rasmi ASNB.
Sumber : ASNB


