Cara Mohon Rumah Selangorku 2020 Bagi Kategori B40 & M40 Online (Semak Status)

Cara Mohon Rumah Selangorku 2020 Bagi Kategori B40 & M40 Online (Semak Status). Berita baik buat rakyat negeri Selangor yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) masih meneruskan skim perumahan iaitu Rumah Selangorku untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 dan M40 memiliki rumah sendiri. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web LPHS.

Cara Mohon Rumah Selangorku 2020 Bagi Kategori B40 & M40 Online (Semak Status)

Rumah Selangorku adalah merupakan satu skim perumahan daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bagi perumahan kos rendah, sederhana rendah, sederhana dan rumah mampu milik. Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri akan membina 6,379 unit Rumah Selangorku menerusi 19 projek perumahan khusus buat rakyat Negeri Selangor. Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menyiapkan 22,664 unit
Rumah Selangorku menjelang tahun 2023.

Cara Mohon Rumah Selangorku 2020 Bagi Kategori B40 & M40 Online (Semak Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Selangorku termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan status :

Sehingga 31 Ogos 2019, sebanyak 112,852 unit (262 projek) Rumah Selangorku telahpun diluluskan oleh Kerajaan Negeri di mana 10% iaitu sebanyak 11,555 unit (25 projek) dibangunkan oleh Agensi / Anak Syarikat
Kerajaan Negeri Selangor manakala baki 90% iaitu 101,297 unit (216 projek) dibangunkan oleh pemaju swasta.

Syarat Kelayakan Rumah Selangorku 2020

Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan.
  3. Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001.00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
  4. Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001.00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
  5. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
  6. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
  7. Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
  8. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
  9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Harga Dan Keluasan Rumah

Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Keluasan rumah adalah diantara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.

Cara Permohonan Rumah Selangorku Online

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Rumah Selangorku http://lphs.selangor.gov.my/

Dokumen Penting Diperlukan

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen tersebut untuk pendaftaran Rumah Selangorku iaitu :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/ Surat Cerai/ Sijil Kematian pasangan.
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja.
  • Penyata KWSP (jika ada).
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Nota Penting :

  • Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah yang boleh dipohon di laman web LPHS.
  • Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenaraihitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku selama tempoh 2 tahun.
  • Proses pemilihan Rumah adalah berdasarkan sistem merit. Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad

Semak Status Rumah Selangorku 2020 Online

1. Semak status permohonan Rumah Selangorku boleh dibuat secara online di laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/.

2. Isikan nombor kad pengenalan anda dan klik butang ‘SEMAK‘.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau e-mel terus ke aduan@lphs.gov.my.

BACA JUGA : Cara Permohonan Skim Perumahan PPR MyHome PPAM & Rumah Transit

Penafian : Laman web ini tiada sebarang kaitan dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) termasuk kerajaan negeri Selangor. Ianya hanya perkongsian kepada orang ramai untuk dapatkan maklumat.

Leave a Reply