Permohonan KKTM MJII IKM Julai 2018 Online

Permohonan KKTM MJII IKM Julai 2018 Online | Adakah anda pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Anda berminat menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Mara (IPMA) KKTM, IKM dan MJII? Panduan buat pelajar lepasan SPM / STPM dan setaraf, dimana anda boleh membuat permohonan KKTM MJII & IKM sesi Julai 2018 secara online di portal SPUPIM. Permohonan ini akan dibuka mulai 15 Mac 2018 sehingga 16 April 2018.

Permohonan KKTM MJII IKM Julai 2018 Online

Untuk makluman, pengambilan pelajar ke KKTM, IKM dan MJII akan dibuka dua (2) kali setahun iaitu pada sesi JANUARI dan JULAI setiap tahun. Selain membuat permohonan di SPUPIM, anda turut boleh memohon KKTM, IKM dan MJII melalui UPUOnline. Permohonan online melibatkan permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII).

Permohonan KKTM MJII IKM Julai 2018 Online

Berikut dikongsikan adalah cara permohonan KKTM IKM dan MJII sesi Julai 2018 termasuk syarat kelayakan, aplikasi online dan cara hubungi :

Permohonan kemasukan ke KKTM, MJII dan IKM untuk pengambilan sesi Julai 2018 akan dibuka seperti maklumat di bawah.

A. Melalui SPUPIM Online

○ Tarikh Dibuka: 15 Mac 2018

○ Tarikh Ditutup: 16 April 2018

○ Aplikasi Borang Permohonan IPMA : SPUPIM

B. Melalui Permohonan UPU Online

○ Tarikh Dibuka: 5 Februari 2018

○ Tarikh Ditutup: 10 April 2018

○ Aplikasi Permohonan: http://upu.mohe.gov.my/web/

Syarat Kelayakan Permohonan KKTM IKM MJII

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan IPMA ke KTM IKM dan MJII adalah seperti berikut :

A. Program Sijil

1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM)
2. Bumiputera
3. Warganegara Malaysia
4. Berumur 18 hingga 40 tahun
5. Sihat tubuh badan
6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

B. Program Diploma

1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM) atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA > 2
2. Bumiputera
3. Warganegara Malaysia
4. Berumur 18 hingga 40 tahun
5. Sihat tubuh badan
6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di Alamat:

Unit Pengambilan Pelajar
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 26134611/4612
No. Faks: 03 – 26914510

Selamat membuat permohonan KKTM MJII IKM Sesi Julai 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Institusi Pendidikan Mara (IPMA).

Leave a Reply