Permohonan KADS1M 2020 Online Kad Debit Siswa 1Malaysia

Permohonan KADS1M 2020 Online Kad Debit Siswa 1Malaysia | Adakah anda pelajar IPTA atau IPTS? Bilakah tarikh permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M tahun 2018? Bagaimana cara mendaftar Kad Debit Pelajar KAD1SM online? Panduan buat pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang ingin membuat permohonan Kad Debit Siswa 1Malaysia 2018. Menerusi pembentangan Bajet 2018, bantuan pendidikan pelajar IPT iaitu pemberian Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) tetap diteruskan dengan jumlah RM250 yang telah menggantikan baucer buku 1Malaysia mulai tahun 2017.

Permohonan KADS1M 2018 Online Kad Debit Siswa 1Malaysia

Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M Debit-i) merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih. Selain itu, KADS1M ini juga bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup dan beban pelajar.

Permohonan KADS1M 2020 Online Kad Debit Siswa 1Malaysia

Berikut dikongsikan adalah cara membuat permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Permohonan KADS1M

1. Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M tahun 2018.

2. Terpakai bagi pelajar-pelajar IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian / Agensi lain yang berkaitan.

Ciri-Ciri Kad Debit Siswa 1Malaysia KADS1M

● 3-dalam-1: Kad Debit, Kad Atm dan Kad Diskaun.
● Berkonsepkan Syariah.
● Tiada Riba’ dan Gharar.
● Tiada kadar tambahan untuk transaksi luar Negara.
● Transaksi Tanpa Sentuh (Contactless).
● Notifikasi melalui SMS untuk setiap transaksi debit yang mencurigakan.
● Transaksi atas talian yang lebih selamat dengan One Time Password (OTP).

Cara Permohonan KADS1M Online Kad Debit Siswa 1Malaysia

1. Anda perlu mengisi borang permohonan KADS1M secara online melalui pautan di http://www.bankrakyat.com.my/bppt/.

2. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.

3. Status permohonan akan disahkan melalui email.

4. Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk pengambilan KADS1M.

5. Masukkan nombor PIN yang sebenar semasa proses pengambilan kad.

6. Selesai permohonan anda.

Permohonan KADS1M 2018 Online Kad Debit Siswa 1Malaysia

Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen-dokumen penting yang diperlukan ketika pengambilan KAD1SM Debit :

A. Umur di bawah 18 tahun:

○ MyKad ( Asal & 1 Salinan )

○ Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )

○ Sijil Kelahiran ( Asal & 1 Salinan )

○ Surat Kebenaran dari Ibu/ Bapa / Penjaga

○ 1 Salinan MyKad Ibu/ Bapa/ Penjaga

B. Umur 18 tahun dan ke atas:

○ MyKad ( Asal & 1 Salinan )

○ Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )

Nota tambahan FAQ :

○ Kad Debit Diskaun-i Siswa 1 Malaysia (KADS1M Debit-i)

○ Penyaluran Dana Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) Melalui KADS1M Debit-i

Sebarang pertanyaan mengenai KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran bantuan pendidikan dari kerajaan Malaysia.

Leave a Reply