Permohonan Renew Passport 2022 Online (MyOnline Passport)

Permohonan Renew Passport 2022 Online (MyOnline Passport). Anda sudah miliki passport Malaysia? Panduan buat mereka yang ingin membuat renew passport untuk melancong ke luar negara. Untuk makluman, kini Jabatan Imigresen Malaysia telah memperkenalkan satu sistem online iaitu MyOnline Passport untuk memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara dalam talian. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi www.imi.gov.my.

Permohonan Renew Passport 2022 Online

Secara tak langsung sistem ini dapat mengurangkan kesesakan di kaunter imigresen serta menjimatkan masa orang ramai beratur panjang untuk menunggu giliran. Pemohon diingatkan perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan diri, pasport sedia ada dan resit bayaran.

Permohonan Renew Passport 2022 Online (MyOnline Passport)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pembaharuan passport Malaysia termasuk memaparkan harga bayaran dan aplikasi online :

Cara Mohon Pembaharuan Passport Online

1. Untuk pembaharuan passport sila layari ke portal Jabatan Imigresen Malaysia https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport.

2. Baca terma dan syarat permohonan.

3. Sila klik ‘SETUJU‘ jika anda bersetuju mengikut terma dan syarat yang dinyatakan.

4. Isikan jenis permohonan sama ada ‘Pemohon 18 Tahun Ke Atas‘ atau ‘Permohonan Dibawah 18 Tahun‘.

5. Isikan maklumat dengan lengkap seperti Passport No, No KP, Jenis Passport, Kategori KP dan tempat mengambil.

6. Pemohon mesti kena upload gambar/ foto bersaiz passport yang terbaru.

7. Klik butang ‘CARI‘.

Kadar Bayaran Pembaharuan Passport Malaysia 2020

Kadar bayaran untuk pembaharuan passport Malaysia adalah seperti berikut:

○ Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200

○ Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

Nota :

i. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/ debit terus (FPX).

ii. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

Semakan Status Permohonan Renew Passport

Pemohon boleh membuat semakan status permohonan pembaharuan passport menerusi laman web https://eservices.imi.gov.my/myimms/statusInquiry

Nota : Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga atau waris yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi www.imi.gov.my atau hubungi di talian 03-88882010/ 03-80008000.

Leave a Reply