Permohonan IPG 2022 Institut Pendidikan Guru Online

Permohonan IPG 2022 Institut Pendidikan Guru Online. Adakah anda calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Bilakah tarikh permohonan IPG ambilan 2020? Menerusi makluman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),  bagi pemohon yang berkelayakan dan berminat boleh membuat Permohonan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan tahun 2020 menerusi secara online. Dijangka permohonan IPG akan dibuka pada bulan Mac 2018.

Permohonan IPG Institut Pendidikan Guru 2022 Online

Untuk makluman, program PISMP ini direka khusus bagi melatih bakal-bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dikelolakan oleh KPM membabitkan pelbagai khusus bagi keperluan di sekolah rendah. Pelajar PISMP perlu mengikuti pengajian selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester bagi melayakkan mereka memperolehi Ijazah Sarjana Muda sebelum ditempatkan mengajar di sekolah seluruh Malaysia. Kini, IPGM mengendalikan sebanyak 27 buah kampus atau lebih dikenali sebagai IPG. Oleh itu, calon perlu memenuhi syarat kemasukan dan kelayakan IPG terlebih dahulu.

Permohonan IPG 2022 Institut Pendidikan Guru Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat penting Maktab Perguruan termasuk memaparkan tarikh permohonan dan aplikasi online :

● Tarikh Permohonan: Akan dikemaskini (Dijangka minggu ke-4 bulan Mac 2018)

● Aplikasi Online : IPG PISMP

Cara Permohonan IPG 2020 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan IPG PISMP secara online:

1. Permohonan IPG boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari portal web Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.my .

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.

6. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Syarat Kemasukan Maktab Perguruan IPG Lepasan SPM

Antara syarat kelayakan IPG Institut Pendidikan Guru adalah seperti berikut :

Syarat Umum IPG

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1998.

3. Sihat tubuh badan dan tidak ada penyakit kronik.

4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Syarat Akademik IPG

5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum).

6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah Lulus Bahasa Inggeris.

7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. Rujuk disini 👉 Senarai Lengkap Bidang Pengkhususan

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi di:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3,BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6693/6689/6627/6720/6733/6730/6731/6758/6760/6768/6769

Semoga anda berjaya mendapat tawaran IPG dan berkhidmat sebagai guru di sekolah rendah.

Leave a Reply