Sinopsis Drama Dia Pengantinku (Slot Widuri). Nantikan drama bersiri baharu adaptasi novel Dia Pengantinku lakonan Shahrul Ridzwan sebagai Syed Asyraf dan Mawar Rashid sebagai Aimi Najwa. Drama ini bakal menggantikan drama Mimpi Yang Sempurna mulai bulan Oktober ini. Drama Dia Pengantinku akan bersiaran setiap hari Khamis hingga Ahad jam 7.00 malam di slot Widuri TV1. Drama Dia Pengantinku arahan Pali Yahya turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Azrel Ismail, Tisha Shamsir dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Dia Pengantinku!
Sinopsis Drama Dia Pengantinku (Slot Widuri)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Dia Pengantinku termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : DIA PENGANTINKU
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Khamis – Ahad, 7.00 mlm
SIARAN TV : Slot Widuri TV1
IDEA ASAL : Dato Rafiena Ezanee Ramli
PENULIS SKRIP : Ayuni Zamani
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Darkwave Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Mawar Rashid, Shahrul Ridzwan, Tisha Shamsir, Katriana Ross, Azrel Ismail
Senarai Pelakon Drama Dia Pengantinku
Shahrul Ridzwan sebagai Syed Asyraf
Mawar Rashid sebagai Aimi Najwa
Tisha Shamsir sebagai Tengku Zahir
Azrel Ismail sebagai Jun
Katriana Ross sebagai Fariesya
SINOPSIS
Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak.
Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif?
BACA JUGA : Lagu Tema Drama Dia Pengantinku