Permohonan Insentif Khas One-Off RM500 Kepada Penjaja/ Peniaga Kecil Di Selangor. Berita baik buat penjaja dan peniaga kecil di negeri Selangor yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, kerajaan Negeri Selangor mengumumkan satu bantuan khas iaitu Insentif One-off RM500 khusus kepada para peniaga kecil dan/atau penjaja yang terkesan akibat COVID-19. Insentif Khas One-off RM500 di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa Kedua telah dibuka permohonan pada 8 April sehingga 8 Mei 2020. Insentif ini hanya disediakan untuk para peniaga kecil dan penjaja Selangor yang berdaftar serta memiliki lesen serta permit sah tahun 2020 di bawah peruntukan Undang-undang Kecil Penjaja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020.

Permohonan Insentif Khas One-Off RM500 Kepada Penjaja/ Peniaga Kecil Di Selangor
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Insentif Khas One-Off RM500 Kepada Penjaja/ Peniaga Kecil Di Selangor termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : 8 April hingga 8 Mei 2020
Syarat Kelayakan Insentif Khas One-Off RM500
- Peniaga kecil/penjaja dalam negeri Selangor yang memiliki lesen/permit sah tahun 2020 daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Setiap peniaga kecil/penjaja hanya perlu memohon sekali sahaja walaupun memiliki lebih daripada satu lesen/permit daripada PBT berbeza.

Cara Memohon Insentif Khas One-Off RM500 Kepada Penjaja/ Peniaga Kecil Di Selangor
1. Permohonan adalah melalui atas talian (online) di laman web https://www.selangorprihatin.com. Permohonan dibuka bermula 8 April 2020 sehingga 8 Mei 2020 iaitu selama 30 hari.
2. Setiap pemohon perlu mengemukakan nombor kad pengenalan dan akaun bank.
3. Maklumat pemohon (pemilik lesen/permit) dan maklumat bank hendaklah individu yang sama.
Nota: Penyaluran insentif RM500 akan dilaksanakan terus ke akaun bank pemohon dalam 14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya maklumat lengkap.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
- Hubungi talian 1-800-22-6600 (24 jam)
- E-mel ke penjaja@selangor.gov.my
- Hubungi PBT/Majlis (9 pagi – 4 petang)
SENARAI NO. TEL PIHAK BERKUASA TEMPATAN
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) – 03 5510 5133
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) – 03 7956 3544
- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) – 03 8024 7700
- Majlis Perbandaran Klang (MPK) – 03 3370 1095
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) – 03 4296 8000
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) – 1 800 88 6755
- Majlis Perbandaran Selayang (MPS) – 03 6126 5800
- Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) – 03 8319 0200
- Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) – 03 3187 2825
- Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) – 03 3289 1439
- Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) – 03 6064 1331
- Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) – 03 3224 1655
BACA JUGA : Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM)


