Permohonan Dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma 2021 Bagi Golongan B40 Online. Nak daftar telefon pintar percuma B40? Panduan buat ibu bapa/ penjaga yang menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 1.0 dan 2.0. Untuk makluman, YTL Foundation bekerjasama dengan YES dan FrogAsia menawarkan telefon pintar percuma bersama data 120GB kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar untuk sesi pembelajaran di rumah. Permohonan baru telefon pintar percuma ini boleh dibuat secara online sehingga 30 Jun 2021 menerusi laman web YTL Foundation.

Selain pemberian bantuan telefon pintar, pelajar yang terpilih akan turut menerima kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data 120GB (10GB sebulan selama 12 bulan). Tujuan program ini dilancarkan untuk membolehkan anak-anak B40 dapat mengakses pembelajaran dan kuiz ulangkaji melalui aplikasi FrogPlay Mobile atau e-Learning KPM.
Permohonan Dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma 2021 Bagi Golongan B40 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang telefon pintar percuma B40 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara pendaftaran dan semakan status :
Tarikh Permohonan : Sehingga 30 Jun 2021
Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma
Antara syarat-syarat kelayakan permohonan telefon pintar percuma daripada YTL adalah seperti berikut :
- Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan pada peringkat rendah atau menengah.
- Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.
Cara Mohon Telefon Pintar Percuma B40 Online
- Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.
- Sebelum permohonan, anda perlu semak status B40 ibubapa, sila pergi ke laman web rasmi https://bpn.hasil.gov.my/.
- Sekiranya ibu bapa anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan jumlah bantuan RM1,600, sila lengkapkan borang permohonan di portal YTL.
Nota : Sila screenshot status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional ibu bapa murid yang tertera LULUS sebagai bukti untuk permohonan.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Semak Status Penghantaran Dekoder Percuma MYTV Bagi B40
Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma
A. Semakan Online
Semakan status telefon pintar B40 boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://lcs.yes.my.
B. Melalui Emel
Selain online, status permohonan juga akan dimaklumkan oleh YTL Foundation menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran daripada pihak YTL.
Nota : Untuk soalan lazim tentang telefon pintar percuma B40 ini sila ke pautan https://ytlfoundation.org/belajardarirumah-faq/.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian seperti berikut :
YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Emel : ytlfoundation@ytl.com.my
No. Tel: +603 2038 0888
No. Fax: +603 2038 0388
BACA JUGA :
- Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM RM200, Maksimum RM1000 Sekeluarga Sebulan
- Cara Permohonan i-Sinar KWSP Bagi Kategori 1 & 2
Penafian : Laman web myinformasi.net tiada sebarang kaitan dengan YTL Foundation. Portal web ini hanya kongsikan maklumat atau informasi terkini kepada orang ramai sebagai pengetahuan umum sahaja.



Mcm mana nk memohon untuk telefon percuma…sebab sy tersalah klik utk sim bersama data free…dan sekarang sy hanya dapat sim dgn data free je…kalau bleh sy ingin memohon utk telefon percuma utk ank saya belajar secara online…
Mahu belajar dan buat kerja online
Ingin belajar dan memerlukan telefon pintar untuk belajar
Mcm mana nk memohon untuk telefon percuma…sebab sy tersalah klik utk sim bersama data free…dan sekarang sy hanya dapat sim dgn data free je…kalau bleh sy ingin memohon utk telefon percuma utk ank saya belajar secara online…