Tarikh Dan Semak Status Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Pada Pertengahan Jun

Tarikh Dan Semak Status Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Pada Pertengahan Jun. Bilakah tarikh semakan dan bayaran bagi rayuan permohonan BPN? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Untuk makluman, sebanyak 170,000 permohonan rayuan BPN diterima antara 11 hingga 31 Mei lalu dan akan disemak secara manual. Keputusan permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional kumpulan ketiga akan diumumkan pada pertengahan bulan Jun 2020 dengan bayaran sekaligus dibuat bermula akhir bulan.

Tarikh Dan Semak Status Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Pada Pertengahan Jun

Menurut Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan sehingga kini jumlah penerima BPN dari kumpulan pertama hingga ketiga adalah dianggarkan seramai 10.77 juta membabitkan peruntukan sebanyak RM11.5 billion. Menurutnya, terdapat tiga kumpulan penerima BPN iaitu kumpulan pertama yang meliputi 8.3 juta penerima menerima bayaran secara berperingkat bagi fasa pertama dan kedua. Kumpulan ketiga adalah mereka yang telah membuat rayuan antara antara 11 hingga 31 Mei 2020.

Tarikh Dan Semak Status Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Pada Pertengahan Jun

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional bagi permohonan rayuan termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Keputusan Dan Bayaran Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Dijangka keputusan permohonan rayuan BPN akan diumumkan pada pertengahan bulan Jun 2020 dengan bayaran sekaligus dibuat bermula akhir bulan.

Cara Semak Status BPN Bagi Rayuan

  1. Semakan status boleh disemak secara online di laman portal rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx.
  2. Selepas klik, anda akan berada di bahagian Semakan Status.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
  4. Tekan butang Cari.

Artikel Berkaitan : Cara dan Tarikh Penunaian Bantuan Prihatin Nasional Di Kaunter BSN Bagi B40

Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional

Bagi anda yang mempunyai akaun bank akan terus dimasukkan ke akaun masing-masing. Manakala yang tidak memiliki akaun bank, anda boleh perlu menyemak nombor siri BPN untuk menunaikan Bantuan Prihatin Nasional di kaunter Bank Simpanan Nasional.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor telefon di bawah.

  • Nombor telefon Kementerian Kewangan Malaysia : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565/ 03-8882 4566
  • Emel : bsh@treasury.gov.my / pre2020@treasury.gov.my

Leave a Reply