18 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen

18 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen. Berita baik buat Ahli KWSP yang membuat caruman KWSP. Untuk makluman, sebenarnya ramai tidak tahu KWSP menyediakan pelbagai pengeluaran yang boleh dikeluarkan sebelum umur persaraan. Antara pengeluaran KWSP yang boleh dibuat antaranya iaitu pengeluaran pendidikan, kesihatan, perumahan dan banyak lagi. Berikut adalah 18 jenis pengeluaran KWSP!

18 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen

18 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang 18 jenis pengeluaran KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan :

1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.

Syarat kelayakan :

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2

Cara-caranya:

  1. Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  2. Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun Bank Ahli.
  3. Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.

2. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Kategori :

  • Pengeluaran penuh
  • Kombinasi pengeluaran sebahagian dan bayaran bulanan
  • Pengeluaran sebahagian
  • Bayar dividen tahunan secara automatik
  • Pengeluaran bayaran bulanan

3. Pengeluaran Umur 60 Tahun

Kategori :

  • Pengeluaran penuh
  • Kombinasi pengeluaran sebahagian dan bayaran bulanan
  • Pengeluaran sebahagian
  • Bayar dividen tahunan secara automatik
  • Pengeluaran bayaran bulanan

4. Mengurang/ Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

Syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Umur bawah 55 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Telah membeli/ membina rumah kediaman
  • Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut
  • Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran
  • Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan

5. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja.

Syarat kelayakan :

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Di bawah umur 60 tahun
  • Ada simpanan dalam KWSP
  • Tidak bekerja
  • Disahkan oleh pegawai perubatan telah hilang upaya fizikal atau mental

6. Pengeluaran Meninggalkan Negara

Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

Cara-caranya :

  1. Borang KWSP 9K (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  2. Salinan pasport yang masih sah laku
  3. Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  4. Buku bank/Penyata akaun simpanan/Penyata akaun semasa/Penyata akaun bersama yang masih aktif dengan panel bank KWSP

7. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian sendiri atau anak-anak di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Cara-caranya :

  1. Bawa Borang KWSP 9H (AHL) dan Senarai Semak Dokumen.
  2. Surat pengesahan pendaftaran pelajar.
  3. Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja).
  4. Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
  5. Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal

8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen. Baki simpanan KWSP selepas pengembalian syer kerajaan.

Syarat kelayakan :

  • Umur bawah 55 tahun
  • Pekerja dalam sektor awam / Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP
  • Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

9. Pengeluaran Beli Rumah

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Cara-caranya :

  1. Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  2. Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  3. Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  4. Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
  5. Buku bank/penyata akaun simpanan (untuk pengesahan)

10. Pengeluaran Bina Rumah

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Cara-caranya :

  1. Borang KWSP 9C (AHL) dan senarai semak
  2. Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  3. Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  4. Buku bank atau salinan penyata akaun bank (bagi tujuan pengesahan)
  5. Perjanjian bina rumah (dengan ahli, pasangan atau nama bersama)

11. Pengeluaran Kematian

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Cara-caranya :

  1. Borang KWSP 9KM (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  2. Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/Akaun Semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Akaun Harta Pusaka Simati – NamaSimati)
  3. Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/Sijil Akuan Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
  4. Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/Amanah Raya Berhad (ARB)
  5. Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
  6. Salinan Dokumen Sijil Kelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
  7. Sijil Kematian ahli ATAU Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)
  8. Sijil Kelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU Sijil Perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) ATAU Surat Penceraian ahli/bukti pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)
  9. Borang Perakuan Tanggungjawab (Islam – Lampiran A)
  10. Borang Perakuan Tanggungjawab (Bukan Islam – Lampiran B)

12. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

Syarat kelayakan :

  • Warganegara dan Penduduk Tetap
  • Umur bawah 54 tahun
  • Membeli/ membina rumah kediaman
  • Ada pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf

13. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Cara-caranya :

  1. Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  2. Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  3. Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  4. Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
  5. Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  6. Laporan Perubatan

14. Pengeluaran Perumahan PR1MA

Pengeluaran ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan terus ke institusi kewangan.

Syarat kelayakan :

  • Warganegara
  • Umur bawah 55 tahun
  • Pembeli rumah PR1MA
  • Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual/melepaskan hakmilik harta

15. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran terhad kepada satu rumah setiap ahli. Pengeluaran seterusnya hanya untuk rumah yang sama sahaja. Anda boleh membuat pengeluaran untuk mengurangkan ansuran bulanan dan Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman secara serentak.

Syarat kelayakan :

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • (PR atau daftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  • Umur bawah 55 tahun
  • Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2
  • Membeli/membina sebuah rumah kediaman*
  • Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP**
  • Ansuran bulanan telah bermula

16. Pengeluaran Haji

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan

Cara-caranya :

Untuk memohon, bawa bersama dokumen berikut ke pejabat KWSP iaitu MyKad, surat tawaran dari LTH dengan status “DIPILIH” dan penyata akaun LTH yang terkini.

17. Pengeluaran i-Lestari

Pengeluaran bulanan bertujuan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19.

Info lanjut layari : Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Online

18. Simpanan Melebihi RM1 Juta

KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan.

Syarat kelayakan :

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55 tahun
  • Mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP

Sumber : KWSP

One Response

  1. hashim bin aliamat July 14, 2020

Leave a Reply