Jadual Peperiksaan STPM 2022 MPM (TERKINI)

Jadual Peperiksaan STPM 2022 MPM (TERKINI). Bilakah tarikh peperiksaan STPM tahun 2022? Panduan buat calon lepasan SPM yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) tahun 2022. Untuk makluman, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan kalendar peperiksaan STPM 2020/2021 yang dijangka berlangsung pada bulan Februari 2021. Peperiksaan ini ditunda kepada tarikh baharu akibat penularan pandemik COVID-19.

Jadual Peperiksaan STPM 2022 MPM (TERKINI)

Jadual Peperiksaan STPM 2022 MPM (TERKINI)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kalendar peperiksaan STPM yang mengandungi tarikh buka dan tutup pendaftaran, tarikh peperiksaan bertulis serta tarikh ujian lisan bahasa Arab :

Kalendar Peperiksaan STPM 2020/21

SEMESTER PERTAMA

Download Kalendar Peperiksaan STPM 2020/2021

Bagi anda yang ingin mendapatkan jadual peperiksaan STPM 2020/21 boleh muat turun dalam bentuk PDF melalui MPM.

Nota Penting Peperiksaan STPM 2020/2021

1. Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1.

3. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2020 boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.

4. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2020 dikehendaki memilih dan menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan Kerja Kursus (KK). Namun demikian, sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan alternatif bertulis yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka calon boleh memilih sama ada hendak melaksanakan Kerja Kursus atau tidak melaksanakannya mengikut pilihan yang berikut:

(a) Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan Kerja Kursus, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK tahun mengulang. Kemudahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.

(b) Jika calon memilih untuk melaksanakan Kerja Kursus yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah Kerja Kursus STPM tersebut. (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2018 tentang Pendaftaran Lewat).

5. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah KK tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK, calon dikehendaki melaksanakan KK (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2018 tentang Pendaftaran Lewat).

7. Permohonan semak semula markah dibuka selama 7 hari bermula daripada keputusan peperiksaan penggal 1, penggal 2, dan penggal 3 dimuat naik.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 dan sambungan 1661/1662/1663/1664/1665.

BACA JUGA : Kalendar Peperiksaan MUET 2022

Leave a Reply