Permohonan Latihan Separa Perubatan 2021 SPA Online

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2021 SPA Online. Anda sedang mencari kerja kerajaan? Berita baik buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tahun 2021. Seperti kebiasaannya setiap tahun akan dibuka pengambilan Latihan Separa Perubatan bagi mereka yang berkelayakan dan berminat bekerja dalam perkhidmatan kerajaan. Untuk pengambilan Latihan Separa Perubatan sesi Januari 2021 dijangka dibuka pada bulan Januari 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi www.spa.gov.my .

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2021 SPA Online

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2021 SPA Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Latihan Separa Perubatan SPA termasuk memaparkan tarikh buka dan tutup, senarai pusat separa perubatan, permohonan dan cara hubungi :

Apa itu Separa Perubatan?

Latihan Separa Perubatan adalah merupakan kursus atau program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berusia daripada 17 tahun hingga 25 tahun. Separa Perubatan menawarkan 13 latihan bagi program Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil.

Kursus ini mengambil masa selama tiga (3) tahun bagi program Diploma manakala untuk bertaraf Sijil pula adalah dua (2) tahun sahaja. Bagi pelatih Separa Perubatan akan menerima elaun setiap bulan dan turut disediakan kemudahan-kemudahan di beberapa Pusat Kolej Kesihatan yang terletak di seluruh Malaysia. Selepas mereka tamat pengajian, pelatih akan menjalani ujian untuk kemasukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

1. Latihan Jururawat

2. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

3. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

4. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

5. Latihan Juru X-Ray

6. Latihan Jururawat (PSL)

7. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)

8. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)

9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi

10. Latihan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

3. Latihan Jururawat Masyarakat

Cara Permohonan Latihan Separa Perubatan Online

Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi SPA9 https://spa9.spa.gov.my/login.

Nota :

● Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.

● Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan.

● Tempoh sah laku permohonan adalah setahun.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila layari ke laman FB SPA https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/ atau portal rasmi SPA http://www.spa.gov.my.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke pusat Latihan Separa Perubatan sesi ambilan 2020.

Leave a Reply