Permohonan Biasiswa Karangkraf 2021 Online

Permohonan Biasiswa Karangkraf 2021 Online. Adakah anda pelajar lepasan SPM, STPM dan Diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Panduan baik buat pemohon yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda ditawarkan Biasiswa Karangkraf 2018 bagi program pengajian Diploma, Asasi dan Ijazah. Permohonan Biasiswa Karangkraf 2018 ini boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2018.

Permohonan Biasiswa Karangkraf 2021 Online

Biasiswa karangkraf adalah sebuah Dana Pendidikan yang diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk membantu para pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah. Membantu pelajar yang kurang berkemampuan dalam melanjutkan pengajian ke universiti swasta (IPTS). Memberi peluang kedua kepada pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di IPTA.

Permohonan Biasiswa Karangkraf 2021 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Karangkraf termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan online :

Syarat Kelayakan Biasiswa Karangkraf 2018

Antara syarat kelayakan permohonan biasiswa Karangkraf seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun.

2. Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/ Matrikulasi/ Diploma atau yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 3.00.

3. Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum.

4. Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris.

5. Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.

6. Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi.

7. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00.

Cara Permohonan Biasiswa Karangkraf 2018 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web http://www.karangkraf.com/dana.

2. Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPTS. Pemprosesan permohonan tersebut mengambil masa selama 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.

Dokumen Penting Biasiswa Karangkraf 2018

Di antara dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk diserahkan adalah seperti berikut:-

● Borang Permohonan Biasiswa Karangkraf.

● Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama);

● Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

● Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTS (surat tawaran dari cetakan laman web IPTS boleh diterima);

● Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI

● Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja – IBU, BAPA, PENJAMIN 1 DAN 2

● Salinan kad pengenalan / salinan Passport ibu dan bapa kandung;

● Salinan kad pengenalan / salinan Passport PENJAMIN 1 DAN 2;

● Salinan sijil kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan;

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

No. Telefon : 03-5101 3325/3327

No. Faks : 03-5101 3308

Emel : nurhidayati@karangkraf.com/danapendidikan@karangkraf.com

Facebook : Biasiswa Karangkraf

Laman Web: http://www.karangkraf.com/dana

Leave a Reply