Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Bagi Setiap Ibu, Terima Insentif RM480 (Borang)

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Bagi Setiap Ibu, Terima Insentif RM480 (Borang). Berita baik buat para ibu yang melahirkan bayi di dalam atau di luar negeri Sarawak. Untuk makluman, kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan satu bantuan khas iaitu Insentif Ibu Bersalin kepada setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin dengan memuat turun borang di laman web rasmi KWKPK.

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Bagi Setiap Ibu, Terima Insentif RM480 (Borang)

Insentif Ibu Bersalin (IBB) merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak khas kepada setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020. BIB juga boleh dipohon oleh anak Sarawak yang berada di luar negeri ini seperti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan. Pada perbentangan Bajet untuk tahun 2020, Bantuan Insentif Ibu Mengandung telah dibentang dan diluluskan. Jadi mulai 1 Januari 2020, bagi Ibu-ibu mengandung yang mencapai usia kandungan 22 minggu sudah boleh memohon IIB yang berjumlah RM450 bagi setiap ibu.

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Bagi Setiap Ibu, Terima Insentif RM480 (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Ibu Bersalin termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah bayaran dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K‘ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection).
  3. Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
  4. Pendaftaran boleh dibuat apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mohon Bantuan JKM Bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, Warga Emas & OKU

Jumlah Bayaran Bantuan Ibu Bersalin

Jumlah bayaran sebanyak RM450 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Bagi Setiap Ibu, Terima Insentif RM480 (Borang)

Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin

1. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang di pautan https://kwkpk.sarawak.gov.my/upload/file_folder/Borang%20Permohonan%20BIB%20Ver.4.pdf.

2. Borang permohonan juga boleh didapati dimana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen-dokumen diperlukan ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK (Dilengkapi dengan nota discaj atau sijil lahir bayi).

  • Salinan kad pengenalan ibu
  • Salinan kad pengenalan pasangan atau penjaga
  • Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’.
  • Salinan buku rekod kesihatan ibu
  • Salinan buku akaun/ penyata akaun
  • Salinan bukti pengesahan pegawai perubatan/ nota discaj/ sijil lahir bayi

Nota :

(i) Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020.
(ii) Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin.
(iii) Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual.
(iv) Pembayaran hanya akan dibuat setelah ibu bersalin menghantar Nota Discaj atau Sijil Lahir Bayi kepada Urusetia BIB.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :

Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK),
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak,
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak

No. Tel: 082-311340 / 082-311718
Emel: bantuan.ibubersalin@gmail.com

Leave a Reply