Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN : Tarikh Bayaran, Semak Status Dan Cara Rayuan

Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN : Tarikh Bayaran, Semak Status Dan Cara Rayuan. Bilakah tarikh bayaran BPN bagi permohonan baharu dan rayuan? Perhatian buat anda golongan B40 dan M40 yang membuat permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Untuk makluman menerusi FAQ LHDN, pembayaran BPN bagi permohonan baharu dan rayuan akan dibayar sekaligus mulai 15 Mei sehingga 20 Mei 2020. Sebelum itu, anda boleh membuat semakan status permohonan BPN secara atas talian melalui laman web BPN. Bagi anda yang tidak layak boleh mengemukakan rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.

Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN : Tarikh Bayaran, Semak Status Dan Cara Rayuan

Menurut Menteri Kewangan, sehingga 10 Mei 2020 seramai 10.7 pemohon yang menerima Bantuan Prihatin Nasional termasuk bagi permohonan baharu dan rayuan. Bagi anda yang mempunyai akaun bank bayaran akan dikreditkan sekaligus ke akaun bank masing-masing. Manakala, tiada akaun pula boleh membuat penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN : Tarikh Bayaran, Semak Status Dan Cara Rayuan

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional bagi permohonan baharu dan rayuan termasuk memaparkan tarikh bayaran, semakan status dan cara rayuan :

Tarikh Semakan : 15 Mei – 20 Mei 2020

Cara Semak Status Bantuan Prihatin Nasional

  1. Semakan status boleh disemak secara online di laman portal rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my/
  2. Selepas klik, anda akan berada di bahagian Semakan Status.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
  4. Tekan butang Cari.

Cara Bayaran Bantuan Prihatin Nasional

Bagi anda yang mempunyai akaun bank akan terus dimasukkan ke akaun masing-masing. Manakala yang tidak memiliki akaun bank, anda boleh perlu menyemak nombor siri BPN untuk menunaikan Bantuan Prihatin Nasional di kaunter Bank Simpanan Nasional.

Cara Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Bagi Tidak Layak

Bagi anda yang berstatus tidak layak boleh mengemukakan rayuan menerusi emel rayuanbpn@hasil.gov.my atau pemohon boleh datang sendiri ke kaunter LHDN bersama dokumen sokongan bermula pada 11 Mei 2020.

Antara dokumen sokongan yang perlu dibawa adalah jumlah pendapatan terkini dan bukti SSM anda.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi di talian 03-88829089/ 03-88829087/ 03-88829191 atau LHDNM di talian 1-800-882747.

One Response

  1. Norsyafawaty binti borhan May 17, 2020

Leave a Reply