Panduan Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera 2020 (AHB). Mungkin anda ada yang berminat untuk membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)? Tapi tidak tahu cara bagaimana buka akaun AHB dengan mudah? Untuk makluman anda, sekarang peluang anda untuk memulakan atau tambah pelaburan dalam dana AHB masih terbuka apabila diumumkan penambahan sebanyak 500 juta unit pada 29 September 2017.
AHB adalah unit amanah patut syariah pertama di Malaysia yang diuruskan oleh PHB dengan had maksimum pelaburan skim kini berjumlah RM500,000 manakala jumlah minimum pelaburan adalah RM100. Dividen AHB agak tinggi mirip dengan kadar dividen ASB. Sepertimana anda perlu tahu, dana AHB adalah terbuka kepada semua individu Bumiputera Malaysia yang berumur seawal 3 bulan. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, mereka layak membuka akaun AHB yang diberi nama Akaun Remaja dibawah jagaan ibu bapa atau penjaga. Manakala bagi individu bumiputera berumur 18 tahun dan ke atas, mereka boleh membuka akaun Dewasa AHB.
Panduan Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera 2020 (AHB)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera termasuk kelebihan melaburkan AHB :
Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
1. Sebelum buka akaun AHB, pelabur mestilah mempunyai akaun simpanan Maybank atau AMBank.
2. Cari lokasi ejen AHB iaitu cawangan Maybank atau AMBank yang terdekat.
3. Anda perlu hadir ke kaunter pertanyaan untuk maklumkan pembukaan akaun Amanah Hartanah Bumiputera.
4. Anda akan diminta berjumpa dengan Eksekutif Kewangan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AHB.
5. Anda diberikan pilihan sama ada buka akaun AHB untuk remaja atau dewasa mengikut umur pelabur sendiri.
6. Serahkan borang yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda juga perlu masukkan modal permulaan pelaburan dalam bentuk tunai atau cek di kaunter bank.
7. Selepas permohonan selesai diproses, anda akan diberikan salinan borang pendaftaran yang disahkan sebagai bukti pelaburan.
8. Selesai proses buka akaun AHB.
Kelebihan Melabur AHB
● Pelaburan ini disokong oleh hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia.
● AHB adalah skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah.
● Dana diuruskan oleh pengurus dana profesional dan berpengalaman.
● Mampu kerana ia hanya memerlukan pelaburan permulaan kecil.
● Hak dan kepentingan anda dipantau dengan teliti oleh Pemegang Amanah untuk Dana.
● Pelaburan jangka panjang dengan pulangan berpotensi kompetitif.
● Rangkaian cawangan Maybank dan AmBank yang meluas di Malaysia
BACA JUGA : Cara Daftar ASB Online di Portal MyASNB