Cara Daftar ASB Online MyASNB (Login). Nak semak baki dan penyata secara online? Panduan buat pengguna ASB yang ingin membuat pendaftaran MYASNB. Untuk makluman, kini Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah menyediakan satu portal online iaitu MyASNB untuk menyemak segala jenis perkhidmatan seperti semakan baki dan penyata ASNB, tambah pelaburan atau keluar duit secara online. Pendaftaran myASNB boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi www.myasnb.com.my.
Cara Daftar ASB Online MyASNB (Login)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang myASNB Portal termasuk memaparkan kemudahan myASNB, cara daftar dan log masuk :
Apa itu myASNB Portal?
MyASNB adalah sebuah portal online yang dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian (online) yang mudah dan selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Senarai Perkhidmatan myASNB Portal
Dalam myASNB Portal menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pemegang unit ASB iaitu :
i. Pegangan Portfolio – memaparkan baki akaun unit amanah ASNB anda berdasarkan kepada Nilai Aset Bersih (NAB) terkini.
ii. Rekod Transaksi – memaparkan butiran transaksi unit amanah ASNB yang dilaksanakan melalui myASNB Portal sepanjang 30 hari yang lalu.
iii. Jualan Balik – Jualan Balik atau pengeluaran bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian
iv. Pelaburan Tambahan – melaksanakan pelaburan tambahan bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian.
v. Pemindahan – memindahkan unit antara dua pemegang unit untuk tabung unit amanah yang sama.
Cara Daftar Akaun myASNB Online
1. Pendaftaran myASNB boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.myasnb.com.my/
2. Klik ‘Daftar di sini’.
3. Baca notis pemberitahuan dan klik ‘Teruskan’.
4. Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat (T&C).
5. Isikan butir-butir akaun ASNB yang diperlukan dan klik butang ‘Seterusnya’.
6. Sahkan nombor telefon bimbit anda adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB.
7. Kemudian, klik pada butang ‘Request TAC’ dan klik ‘Seterusnya’ setelah masukkan nombor TAC.
8. Tentukan username atau ID Pengguna anda.
9. Masukkan frasa selamat dan pilih tiga soalan keselamatan.
10. Klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran myASNB.
Nota : Setelah pendaftaran selesai, anda boleh login kali pertama dengan menggunakan kata laluan sementara.
Cara Log Masuk Kali Pertama MYASNB
- Selepas pendaftaran, untuk log masuk akaun myASNB sila ke laman web www.myasnb.com.my.
- Masukkan ID pengguna dengan kata laluan sementara.
Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau ke cawangan ASNB.
BACA JUGA : Jumlah Kadar Dividen dan Bonus ASB ASN 2021
Sumber : ASNB