Panduan Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan Rumi dan Arab. Beberapa bulan lagi akan menjelanglah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam iaitu Puasa Ramadhan. Apakah persediaan anda untuk menyemarakkan bulan Puasa Ramadhan tahun 2021/1442H? Bagi anda yang telah meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan tahun sebelumnya, si pelaku tersebut wajib menggantikan sama ada dengan ganti puasa atau bayaran denda yang ditetapkan mengikut jumlah yang ditinggalkan. Bagaimana cara niat ganti puasa Ramadhan dalam bahasa Arab dan Rumi?
Panduan Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan Rumi dan Arab
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara lafaz niat ganti Puasa Ramadhan dalam bahasa Arab dan Rumi beserta terjemahannya :
○ Panduan Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Harian & Sebulan
Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan
Nawaitu souma ghadin ‘an gadhaa in fardha ramadhaana lillahi ta’aalaa
Maksud Niat: “Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta’ala”.
Waktu Qadha Puasa Ramadhan
Sepertimana anda tahu, Qadha Puasa Ramadhan boleh dilakukan selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya. Walaubagaimanapun, umat Islam dilarang menggantikan puasa Ramadan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah seperti iaitu Hari Raya Aidilfitri.
Namun bagi anda yang tidak mengqadhakan puasa sehingga bulan Ramadhan seberikutnya, maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.
Selamat melakukan ibadat puasa dengan sempurna.