Jadual dan Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020

Jadual dan Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020 | Adakah anda calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020? Panduan buat mana-mana calon yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) untuk peperiksaan SPM 2020. Sepertimana anda tahu diwajibkan melaksanakan dan menyiapkan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018 (Kertas 3 – 2611/3) mengikut masa dan syarat yang ditetapkan.

Jadual dan Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

Untuk makluman, semua calon Pendidikan Seni Visual telah diberikan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018 dengan tema iaitu Kajian Rekaan Seni Visual. Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2018.

Jadual dan Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM termasuk memaparkan jadual, contoh soalan dan panduan :

○ Jadual Waktu SPM 2018 Sijil Pelajaran Malaysia

Syarat Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2. Calon dikehendaki melaksanakan satu sahaja.

3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.

Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

○ Tugasan 1

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : REKA BENTUK GRAFIK

PRODUK : JAM TANGAN REMAJA

○ Tugasan 2

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : HIASAN DALAMAN

PRODUK : HIASAN DALAMAN RUANG PAMERAN KERETA

○ Tugasan 3

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : LANDSKAP

PRODUK : MODEL LANDSKAP MERCU TANDA TAMAN

○ Tugasan 4

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : ARCA

PRODUK : ARCA HIASAN DINDING

○ Tugasan 5

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : TEMBIKAR

PRODUK : TABUNG DUIT

○ Tugasan 6

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : BATIK

PRODUK : LANGSIR

○ Tugasan 7

BIDANG : REKA BENTUK INDUSTRI

TAJUK : PERABOT

PRODUK : MEJA BELAJAR KANAK-KANAK

○ Tugasan 8

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : CETAKAN TIMBUL

PRODUK : HIASAN DINDING

○ Tugasan 9

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : PEMBUNGKUSAN

PRODUK : KOTAK KASUT

ARAHAN KEPADA CALON SPM 2018

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2018.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tigah helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

Download Jadual Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

Bagi anda yang ingin dapatkan maklumat lanjut tentang Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018 boleh memuat turun  Jadual Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018 dalam bentuk PDF, klik disini.

Selamat maju jaya kepada semua calon PSV.

Leave a Reply