Jadual Peperiksaan SPMU 2018 SPM Ulangan

Jadual Peperiksaan SPMU 2018 SPM Ulangan | Bilakah tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2018? Panduan buat pelajar yang ingin menduduki semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dimana anda boleh membuat pendaftaran SPMU tahun 2018. Untuk makluman, peperiksaan SPMU akan diadakan 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan November. Bagi sesi Jun 2018, peperiksaan SPMU hanya melibatkan 3 kertas subjek sahaja iaitu bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan Takwim Peperiksaan Awam 2018 beserta Jadual Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional.

Jadual Peperiksaan SPMU 2018 SPM Ulangan

Jadual Peperiksaan SPMU 2018 SPM Ulangan

Berikut dikongsikan jadual lengkap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan SPMU 2018 meliputi tarikh, masa dan matapelajaran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia :

BACA JUGA : Jadual Waktu SPM 2018 Sijil Pelajaran Malaysia

Tarikh pendaftaran peperiksaan SPMU tahun 2018 sesi Jun dan November akan dibuka secara serentak bermula daripada 1 Mac hingga 31 Mac setiap tahun. Bagi calon persendirian, anda juga boleh mendaftar peperiksaan SPMU dijangka pada bulan Mac sama seperti calon biasa.

Tarikh Peperiksaan SPMU 2018

Berikut adalah tarikh lengkap peperiksaan SPM Ulangan SPMU 2018 :

Sesi Pertama Jun

○ Ujian Lisan : 4 hingga 30 Jun 2018

○ Ujian Bertulis : 25 hingga 27 Jun 2018

Sesi Kedua November

○ Ujian Lisan : 4 hingga 30 Jun 2018

○ Ujian Bertulis : 13 November hingga 13 Disember 2018

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPMU 2018

○ akan dikemaskini

Maklumat Penting Peperiksaan SPMU 2018

1. Setiap calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan yang telah didaftar. Pelajar yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan dianggap tidak hadir bagi subjek tersebut.

2. Calon yang tidak hadir semasa subjek tersebut diadakan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen tersebut hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPMU 2018.

3. Calon dikehendaki untuk membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan seperti yang telah dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2018.

4. Calon dikenakan bayaran RM30.00.

Semoga perkongsian jadual peperiksaan SPM Ulangan SPMU 2018 ini dapat dijadikan panduan buat pelajar semua. Selamat maju jaya dalam peperiksaaan awam.

Leave a Reply