Semakan Baki Kad Touch ‘n Go Online. Jika sebelum ini anda kena beratur panjang untuk semakan baki atau menambah jumlah Touch ‘n Go anda. Lepas ni takyah panik dah kalau touch ‘n Go korang cukup baki ke tak. Panduan buat anda yang ingin membuat semakan baki Touch ‘n Go secara online. Untuk makluman, mulai 24 Ogos 2018 kini anda boleh membuat semakan baki Touch n’ Go secara online melalui aplikasi baru TNG. Selain membuat semakan baki, anda juga boleh menambah nilai kad Touch ‘n Go (reload online). Berikut adalah cara semakan baki Touch ‘n Go secara online.
Semakan Baki Kad Touch ‘n Go Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang yang memaparkan aplikasi semakan baki Touch ‘n Go secara online :
Langkah Pertama
Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet bagi platform android di Play Store manakala iOS di App Store.
Langkah Kedua
Daftar sebagai pengguna baharu di aplikasi tersebut.
Langkah Ketiga
Setelah daftar pengguna, anda klik pada TNG Card untuk daftarkan kad Touch ‘n Go anda.
Langkah Keempat
Masukkan nombor siri kad Touch ‘n Go anda. Nombor siri tertera pada bahagian belakang kad.
Langkah Kelima
Kemudian, klik submit dan akan terpapar baki kad anda.
Untuk sebarang pertanyaan, sila layari portal rasmi TNG di http://www.touchngo.com.my/.
Selamat membuat semakan baki Touch ‘n Go secara online.