Permohonan Insentif Pengeluaran Getah 2020 (IPG) Online

Permohonan Insentif Pengeluaran Getah 2020 (IPG) Online. Bilakah tarikh permohonan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) baharu dibuka? Panduan buat pekebun kecil yang berkelayakan untuk memohon Insentif Pengeluaran Getah tahun 2020. Menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia 2020 mengumumkan akan memberi peruntukan RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada 2020. Permohonan Insentif Pengeluaran Getah boleh dibuat secara online di laman web rasmi LGM.

Permohonan Insentif Pengeluaran Getah 2020 (IPG) Online

Insentif Pengeluaran Getah atau ringkasnya IPG diwujudkan bagi mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil dengan menambah pendapatan para pekebun kecil getah di luar bandar beserta pengukuhan pembangunan industri hiliran getah terutamanya dari segi memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi.

Permohonan Insentif Pengeluaran Getah 2020 (IPG) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Insentif Pengeluaran Getah (IPG) termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Penerima Insentif Pengeluaran Getah

Antara syarat-syarat penerima Insentif Pengeluaran Getah yang perlu dipenuhi adalah :

1. Warganegara Malaysia

2. Memiliki Kad Pat-G

3. Berdaftar dengan Lembaga Getah Malaysia

4. Memiliki kebun bersaiz kurang dari 100 ekar

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

1. Borang tuntutan IPG
2. Salinan Pat-G
3. Resit jualan getah

Cara Memohon Insentif Pengeluaran Getah 2020

Pemohon boleh membuat permohonan secara online di laman web LGM http://uip.lgm.gov.my

Sebarang pertanyaan sila hubungi di:

Malaysian Rubber Board
18th Floor Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
No. Tel: 603 – 9206 2000
No. Fax: 603 – 2163 4492
Email: general@lgm.gov.my

BACA JUGA : Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2019

Semoga anda berjaya mendapat bantuan insentif pengeluaran getah tahun 2020.

Leave a Reply