Contoh Surat Rayuan Permohonan Kolej Vokasional & SMT

Contoh Surat Rayuan Permohonan Kolej Vokasional & SMT | Adakah anda pemohon lepasan PT3 2017 kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik sesi 2018? Bilakah tarikh semakan keputusan tawaran KV dan SMT 2018? Panduan buat anda yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di seluruh Malaysia. Berikut dikongsikan adalah contoh surat rayuan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik buat rujukan bagi pemohon yang gagal dalam permohonan KV & SMT 2018 online.

preview:Contoh Surat Rayuan Permohonan Kolej Vokasional & SMT

Menerusi makluman dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh semakan permohonan KV dan SMT 2018 secara atas talian pada 15 Januari 2018. Bagi pemohon yang gagal boleh mengemukakan permohonan rayuan KV dan SMT berdasarkan tarikh yang ditetapkan. Keputusan rayuan ini tertakluk kepada kekosongan tempat setelah pelajar yang berjaya telah membuat pendaftaran pada hari pertama.

Contoh Surat Rayuan Permohonan Kolej Vokasional & SMT

Berikut dikongsikan adalah contoh surat rayuan permohonan kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik sebagai panduan buat pemohon yang gagal mendapat tawaran seperti :

○ Senarai Kolej Vokasional dan Kursus KV 2018

○ Senarai Sekolah Menengah Teknik dan Kursus SMT 2018

Tarikh Penting Rayuan

○ Aliran Perdana : 24 Januari hingga 20 Februari 2018

○ Aliran PAV : 13 Februari hingga 28 Februari 2018

Contoh Surat Permohonan Rayuan Kolej Vokasional dan SMT

[NAMA PELAJAR]

[ALAMAT SURAT MENYURAT]

Pengetua Kolej Vokasional/ Sekolah Menengah Teknik (Alamat Lengkap Sekolah/Kolej Vokasional yang dipohon)

(Tarikh)

Tuan/Puan,

Per : Permohonan Rayuan Kemasukan ke Kolej Vokasional ?……../ Sekolah Menengah Teknik ?….. Bagi Sesi Kemasukan ke Tingkatan 4 Tahun 2018

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk mempertimbangkan semula permohonan kemasukan saya ke Kolej Vokasional ….. atau Sekolah Menengah Teknik …. tingkatan 4 sesi 2018.

2. Dalam keputusan Peperiksaan Taksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2017 yang lepas, saya telah mendapat keputusan peperiksaan …….. (nyatakan skor yang pemohon dapat).

3. Butir-butir rayuan adalah seperti berikut :

Nama Pemohon : Nama pelajar

Sekolah : Nama sekolah dahulu

No Kad Pengenalan :

………………..

Angka Giliran :

…………………

4. Bersama-sama dengan surat ini, saya sertakan salinan keputusan PT3 saya sebagai rujukan pihak tuan/puan.

5. Besarlah harapan saya jika sekiranya pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya bagi menempatkan diri di Kolej/ sekolah tuan/puan. Segala pertimbangan daripada pihak tuan/puan, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

…………………………………………

Tandatangan

[NAMA PENUH PELAJAR]

Selamat membuat permohonan rayuan kemasukan ke KV dan SMT 2018. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat anda untuk membuat rayuan tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

Leave a Reply