Semakan Keputusan PT3 2019 Secara Online & SMS. Bilakah tarikh keputusan PT3 2019 diumumkan? Perhatian kepada pelajar Tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan PT3 pada Oktober 2019 lalu. Mengikut tahun-tahun sebelum ini, semakan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 2019 dijangka diumumkan pada minggu ketiga bulan Disember 2019. Calon boleh semak keputusan peperiksaan PT3 tahun 2019 secara online bermula pada 19 Disember 2019. Bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang PT3 tahniah diucapkan kepada anda semua.

Semakan Keputusan PT3 2019 Secara Online & SMS
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) termasuk memaparkan tarikh dan cara semakan keputusan serta penyemakan semula keputusan :
TERKINI : Bagi calon yang bakal menduduki peperiksaan PT3 tahun 2020 terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda di Malaysia.
Tarikh Keputusan PT3 2019
Sebagai rujukan berikut adalah tarikh rasmi keputusan PT3 2019 yang diumumkan dari tahun 2017 sehingga kini :
● 2019 : 19 Disember 2019
● 2018 : 13 Disember 2018
● 2017 : 14 Disember 2017
Cara Semak Keputusan PT3 2019
Semua calon perlu hadir ke sekolah masing-masing untuk dapatkan slip keputusan peperiksaan PT3 2019 bermula jam 10 pagi. Manakala, bagi calon persendirian pula boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri untuk dapatkan slip keputusan peperiksaan.
Semakan Semula Keputusan Pentaksiran PT3 2019
Bagi anda yang ingin membuat semakan semula keputusan PT3, anda boleh mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang boleh didapati di sekolah masing-masing. Permohonan yang dibuat dalam tempoh 30 hari dari keputusan yang diumumkan. Caj atau kadar bayaran yang dikenakan untuk Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 adalah sebanyak RM50.00 bagi satu matapelajaran.
Bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, anda boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional bagi Tingkatan Empat.
Tahniah kepada pelajar Tingkatan 3 yang mendapat keputusan yang baik dalam Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2019.
BACA JUGA : Permohonan Kemasukan ke SBP 2021 Tingkatan 4