Contoh Pengiraan Moratorium Pinjaman Sewa Beli Yang Mudah Faham (Loan Kereta)

Contoh Pengiraan Moratorium Pinjaman Sewa Beli Yang Mudah Faham (Loan Kereta). Apa yang ada faham tentang Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli? Panduan buat anda peminjam atau pelanggan yang mengaplikasi moratorium pembiayaan pinjaman bank. Untuk makluman, Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia telah mengumumkan yang ahlinya sedia untuk membantu peminjam yang kemungkinan berdepan dengan masalah berikutan wabak Covid-19. Baru-baru ini kecoh tentang isu moratorium dimana Bank Negara Malaysia bercanggah mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan FAQ pada 27 Mac lalu.

Contoh Pengiraan Moratorium Pinjaman Sewa Beli Yang Mudah Faham (Loan Kereta)

Bermula 1 Mei 2020, peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), emel atau surat berdaftar daripada institusi perbankan. Menerusi perkongsian daripada Facebook iaitu advisor kereta, Aliff Haikal kongsikan tentang MORATORIUM HIRE PURCHASE yang bermula 1 Mei 2020.

Contoh Pengiraan Moratorium Pinjaman Sewa Beli Yang Mudah Faham (Loan Kereta)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Moratorium Pinjaman Sewa Beli termasuk memaparkan contoh pengiraan :

Apa Itu Moratorium?

Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda. Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran bulanan untuk pinjaman mereka selama selama 6 bulan, bayaran ansuran akan bersambung setelah tempoh moratorium tamat.

PILIHAN PERTAMA

Interest untuk 6 bulan akan dibahagi sama rata dalam baki tempoh pembayaran.

Contoh :

  • Bulanan Kereta : RM400
  • Pecahan – Hutang pokok : RM320
  • Interest/faedah : RM80
  • Tempoh Pinjaman : 9 tahun.
  • Baki Tempoh Pinjaman : 3 tahun (36 Bulan)

So, RM 80 x 6 bulan : RM480
RM480 bahagi 36 bulan + 6 bulan extra :RM11.40 Sebulan
So nanti bulan Oktober 2020, bulanan kereta : RM400+RM11.40 : RM411.40
RM411.40 ni lah yang akan dibayar sampai habis pinjaman. Contoh kalau ambil loan 9 tahun, pinjaman akan jadi 9 tahun 6 bulan.

PILIHAN KEDUA

Bayar lumpsump 6 bulan + Oktober payment. Contoh ;

  • Bulanan kereta RM400 X 6 : RM2400
  • Pembayaran Oktober : RM400
  • Jumlah keseluruhan : RM2800 kena bayar masa bulan Oktober 2020
Contoh Pengiraan Moratorium Pinjaman Sewa Beli Yang Mudah Faham (Loan Kereta)
Foto Kredit : FB Aliff Haiqal

Yang ini no extention and NO EXTRA INTEREST CHARGED. Tempoh pinjaman TIDAK ADA TAMBAHAN 6 BULAN. Kalau pinjam 5 tahun, tetap habis 5 tahun.

Ini contoh sahaja. Untuk info lebih lanjut sila call bank masing-masing.

Contoh Pengiraan Moratorium Pinjaman Sewa Beli Yang Mudah Faham (Loan Kereta)
Contoh Pengiraan Moratorium Pinjaman Sewa Beli Yang Mudah Faham (Loan Kereta)

Sumber : FB Aliff Haiqal

Leave a Reply