Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Lengkap & Padat. Anda ingin membuat permohonan kerja kosong? Bila ingin mohon kerja pastinya anda perlu contoh cover letter dan ada yang tidak tahu apa itu cover letter. Mungkin biasa kita dengar resume tetapi jarang sekali dengar cover letter. Berikut dikongsikan adalah contoh cover letter yang boleh diguna oleh pelajar yang baru ke alam pekerjaan.
Cover Letter (CV) kebiasaannya diguna bersama resume dimana ada sesetengah agensi pekerjaan yang mahukan ianya dihantar sekali. Jika majikan tidak menyuruh sertakan CV, lebih baik anda berikan sekali dengan resume. Ia menampakkan anda lebih profesional dan bersungguh-sungguh untuk dapatkan pekerjaan.
Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Lengkap & Padat
Berikut dikongsikan adalah contoh Cover Letter dalam bahasa Melayu termasuk tips menulis CV :
Tips Menulis Cover Letter
Cover Letter boleh dikatakan sebagai surat rasmi yang menyatakan hasrat dan tujuan untuk memohon kerja di sesebuah organisasi. Oleh itu, pastikan kandungan cover letter anda menepati hasrat dan dapat memikat hati majikan. Contoh isi kandungan yang penting perlu ada dalam Cover Letter adalah seperti berikut :
A. Kepala Surat / Letter Head
Kepala surat adalah sangat penting untuk menampakkan surat cover letter anda itu rasmi. Ia mestilah mempunyai maklumat anda seperti nama, alamat, email dan nombor telefon. Tujuan utama adanya kepala surat untuk memudahkan pengurusan mencari nama anda atau menghubungi jika ada sebarang makluman tentang permohonan.
B. Tajuk Pengenalan
Perkara yang penting selain adanya kepala surat dan tarikh adalah tajuk pengenalan. Oleh kerana orang akan membaca surat terlebih dahulu membaca dari siapa dan tajuknya. Pastikan ia ditulis dengan jelas, ringkas dan padat serta perlu BOLD tajuk tersebut.
C. Isi Kandungan 1
Untuk perenggan isi kandungan pertama anda perlu membuat sedikit review atau ceritakan tentang latar belakang anda. Tuliskan perkara yang penting misalnya pendidikan dan pencapaian akademik. Jika ada pengalaman bekerja sebelum ini lebih baik sertakan sekali. Pastikan kerja yang disertakan berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon.
D. Isi Kandungan 2
Isi kandungan ini anda perlu ceritakan tentang kaitan syarikat dengan permohonan anda. Misalnya anda boleh menceritakan mengenai kenapa anda berminat bekerja di organisasi tersebut, potensi anda kenapa perlu diambil bekerja dan segala berkaitan syarikat.
E. Penutup
Untuk perenggan terakhir, anda perlu letakkan pengharapan anda dipanggil temuduga atau diterima permohonan tersebut.
Contoh Cover Letter Bahasa Melayu
Zulfikar bin zuliman
No 58, Jalan Awana 2,
Taman awani,
18500 Machang,
Kelantan
zulfikar@gmail.com
012 3456666 15 Oktober 2017
Kepada:
Pengurus Sumber Manusia,
Majlis Daerah Machang
Tuan,
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI KERANI (NO. RUJUKAN: K 012 )
Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Utusan bertarikh 2 September 2017. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan.
Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di sebuah syarikat pengangkutan bas sebagai kerani kaunter. Saya juga telah bekerja selama 5 tahun sebelum ini di sebuah syarikat kontraktor pemaju hartanah sebagai kerani. Saya merupakan graduan diploma bidang pengurusan pejabat dari UiTM.
Saya telah mengikuti perkembangan institusi tuan sejak dua tahun lalu yang banyak memberikan perkhidmatan yang baik pada masyarakat. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Arab tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.
Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
( Tandatangan anda )
Kredit : Xpresi