Lirik Lagu Sakit – Achey (Single Ketiga). Dah dengar lagu Sakit? Lagu terbaru berjudul ‘Sakit’ nyanyian Achey merupakan single ketiga yang telah dilancarkan pada Jumaat lalu. Lagu Sakit diilhamkan daripada kisah sebenar dan pengalaman sahabat baiknya yang merana kerana putus cinta. Kini, lagu Sakit di bawah terbitan Seventeen Eleven Music menjadi trending di kedudukan pertama menerusi platform YouTube. Jom dengarkan single terbaru dari Achey berjudul Sakit!

Lirik Lagu Sakit – Achey (Single Ketiga)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang lagu Sakit termasuk memaparkan penyanyi, komposer, penulis dan lirik lagu :
Judul: Sakit
Artis: Achey
Komposer: Shouk Azis & Achey
Penulis Lirik: Achey
Sakit…
Aku rasakan
Terlalu dalam
Pedih…
Kau mengapa berubah
Pada waktu aku
Benar-benar cinta
Pada dirimu
Tak perlu kau ucap
Kau bukan terbaik buat diriku
Sedang kau cuba menjadi
Yang terbaik untuk dirinya
Ku terima takdir ini
Andainya kau bukan milikku lagi
Bahagialah engkau bersama dirinya
Moga tak kecewa
Tak perlu kau ucap
Kau bukan terbaik buat diriku
Sedang kau cuba menjadi
Yang terbaik untuk dirinya
Ku terima…takdir ini
Andainya kau bukan milikku lagi
Bahagialah engkau bersama dirinya
Moga tak kecewa
Telah tertutup hati
Buat dirimu
Jangan kau kembali
Pada diriku
Sakit…
Sumber : https://youtu.be/C7kQ-AlDM7Q


