Cara Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online (Daftar)

Cara Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online (Daftar). Panduan buat ibu bapa atau penjaga yang membuat permohonan telefon pintar percuma B40. Untuk makluman, YTL Foundation bekerjasama dengan YES dan FrogAsia menawarkan telefon pintar percuma bersama data 120GB kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar untuk sesi pembelajaran di rumah. Kini, pemohon boleh menyemak status permohonan telefon pintar percuma ini secara dalam talian (online) menerusi laman web YTL Foundation.

Cara Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online (Daftar)

Selain pemberian bantuan telefon pintar, pelajar yang terpilih akan turut menerima kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data 120GB (10GB sebulan selama 12 bulan). Tujuan program ini dilancarkan untuk membolehkan anak-anak B40 dapat mengakses pembelajaran dan kuiz ulangkaji menerusi aplikasi FrogPlay atau e-Learning KPM.

Cara Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online (Daftar)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran telefon pintar percuma B40 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara pendaftaran serta semakan status :

Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma B40 YTL

Antara syarat-syarat kelayakan penerimaan telefon pintar percuma B40 daripada YTL iaitu :

  • Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
  • Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.

Cara Daftar Telefon Pintar Percuma

  1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.
  2. Sebelum permohonan, anda perlu semak status B40 ibubapa, sila pergi ke laman web rasmi https://bpn.hasil.gov.my/.
  3. Sekiranya anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan jumlah bantuan RM1,600, sila lengkapkan borang permohonan di portal YTL.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Semak Status Penghantaran Dekoder Percuma MYTV Bagi B40

Cara Semak Telefon Pintar Percuma B40

A. Secara Online

Semakan status telefon pintar ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang https://lcs.yes.my.

B. Melalui Emel

Selain emel, status permohonan juga akan dimaklumkan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran daripada pihak YTL.

Cara Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online (Daftar)
Cara Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online (Daftar)
Cara Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online (Daftar)

Nota : Untuk makluman lanjut tentang soalan lazim telefon pintar percuma bersama data boleh dirujuk disini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
ytlfoundation@ytl.com.my

No. Tel: +603 2038 0888
No. Fax: +603 2038 0388

BACA JUGA : Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) Bagi B40

Penafian : Laman web myinformasi.net tiada sebarang kaitan dengan YTL Foundation. Portal web ini hanya kongsikan maklumat atau informasi terkini kepada orang ramai sebagai pengetahuan umum sahaja.

Foto Kredit : FB

Leave a Reply