Cara Semakan Kelayakan Free Upgrade Unifi & Streamyx 2020. Adakah anda pengguna sedia ada pakej Unifi dan Streamyx? Panduan buat pengguna Unifi dan Streamyx yang belum tahu cara nak semak kelayakan Free Speed Upgrade Unifi dan streamyx anda? Untuk makluman, mulai 15 Julai 2018 pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) sedang dalam proses menaik taraf kelajuan internet kepada pengguna sedia ada secara percuma. Pengguna boleh menyemak kelayakan menerima Free Speed Internet bermula hari, Rabu 18 Julai 2018. Semakan kelayakan ini boleh dibuat secara online di portal web Unifi.
Cara Semakan Kelayakan Free Upgrade Unifi & Streamyx 2020
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara upgrade Free Speed internet bagi pengguna Unifi dan Streamyx secara online :
1. Pengguna perlu layari ke laman web unifi untuk semak kelayakan Free Speed Upgrade disini – https://unifi.com.my/turbo-upgrade/index.html.
2. Untuk pengguna streamyx pula, anda boleh buat semakan disini – https://unifi.com.my/unifi-en/turbo-upgrade-verify.page?id=Broadband.
3. Kemudian, anda diminta untuk mengisi nama, nombor kad pengenalan dan Services ID yang didaftarkan (boleh rujuk bil TM anda)
4. Tandakan pada ruangan Recaptcha “I’m not a robot” untuk memastikan anda adalah pelanggan yang sah.
5. Kemudian, anda akan di bawa ke halaman untuk sahkan maklumat login ID, No Telefon Bimbit dan alamat emel anda.
6. Akan dipaparkan Free Upgraded Speed kelayakan anda akan terus di pamerkan selepas itu.
7. Jika Layak, anda akan menerima mesej Popup yang “Congratulations” dan memberitahu bila tarikh jangkaan untuk anda menerima Free Speed Upgrade ini.
[Baca Juga] Cara Dapatkan Simkad Unifi Mobile Percuma
Jenis Speed Upgraded TM 2018
Streamyx –> Unifi atau 2 kali ganda kelajuan.
20Mbps dan kebawah –> sehingga 100Mbps
30Mbps –> sehingga 300Mbps
50Mbps –> sehingga 500Mbps
100Mbps –> sehingga 800Mbps
Semoga perkongsian tentang Cara Semakan Kelayakan Free Upgrade Unifi & Streamyx ini dapat dijadikan panduan buat pengguna. Selamat menikmati kelajuan Internet yang lebih laju dengan kadar bayaran yang sama.