Panduan Dapatkan Simkad Unifi Mobile Secara Percuma Online

Panduan Dapatkan Simkad Unifi Mobile Secara Percuma Online | Adakah anda pengguna tegar internet? Berita buat anda khususnya rakyat Malaysia yang mencari pelan data internet terbaik untuk mobile anda. Seringkali menghadapi masalah line lembap atau gangguan internet di sesetengah tempat? Ini masanya peluang terbaik anda yang masih mencari pelan telco yang sesuai untuk diri anda. Untuk makluman, kini Telekom Malaysia telah memperkenalkan satu simkad Unifi Mobile secara percuma untuk menggantikan webe sebelum ini.

Panduan Dapatkan Simkad Unifi Mobile Secara Percuma Online

Unifi Mobile adalah merupakan sebuah pelan Telco baharu yang dikeluarkan oleh Telekom Malaysia, dimana telco ini menggantikan pelan Webe yang sebelum ini terkenal dengan data tanpa had dengan harga yang murah iaitu RM79 sebulan. Dengan penutupan pendaftaran baru untuk pelan Webe, TM mengambil inisiatif dengan menggantikan telco baru, iaitu Unifi Mobile. Untuk pengetahuan anda, peruntukan sebanyak 1 juta simkad Unifi Mobile secara percuma disediakan sehingga 31 Mac 2018 ini (seorang boleh memohon sebanyak 5 simkad percuma).

Panduan Dapatkan Simkad Unifi Mobile Secara Percuma Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara atau panduan dapatkan simkad Unifi Mobile secara percuma menerusi aplikasi online :

Pakej Yang Terdapat Dalam Simkad Serta Harga ‘Add-On’ Unifi Mobile

Setiap simkad mengandungi :

● 20GB data (LTE sahaja)

● 50MB data (3G/LTE)

● 10 minit masa panggilan (semua rangkaian)

● 10 SMS (semua rangkaian)

Ini bermakna, anda akan dapat 100GB data sekiranya anda ada 5 simkad (5x20GB).

Manakala, bagi pakej ‘add-on’ :

● 8GB High-speed (4GB LTE sahaja + 4GB LTE/3G) – RM50

● 4GB High-speed (2GB LTE sahaja + 2GB LTE/3G) – RM30

● 2GB High-speed (1GB LTE sahaja + 1GB LTE/3G) – RM15

● 1GB Internet  asas (1GB LTE/3G) – RM13

● 200 min calls + 200 SMS – RM30

● 60 min calls + 60 SMS – RM10

Panduan Dapatkan Simkad Unifi Mobile Secara Percuma Online

Cara Dapatkan Simkad Percuma Unifi Online

1. Anda diberikan dua cara iaitu terus ke cawangan TM atau boleh muat turun dan pasang aplikasi mobile@unifi dari Google Play/ Apps Store.

2. Bila siap install aplikasi tersebut, Klik ‘I Want To Get A Sim’.

3. Pastikan anda klik terma dan syarat. Kemudian, klik ‘I Want To Start Now!’.

4. Setelah itu, masukkan maklumat peribadi seperti nama (mengikut Kad Pengenalan) dan nombor Kad Pengenalan anda.

5. Kemudian, masukkan email anda untuk dapatkan verified code.

6. Masukkan 6 digit verified code tersebut dan isikan maklumat seperti no telefon, jantina dan alamat rumah anda.

7. Pilih berapa simkad yang anda ingin mohon (maksimum adalah 5 simkad bagi setiap orang) dan klik ‘Next’.

8. Pilih nombor kegemaran anda atau pilih nombor yang diberikan sahaja.

9. Kemudian, pilih self pickup dari TMPoint yang berdekatan dengan rumah anda. Jika anda pilih untuk pos, anda akan dikenakan bayaran pos, sebanyak RM 10.60.

10. Ok siap order simkad Unifi Mobile.

Nota : Pastikan sebelum anda dapatkan simkad Unifi Mobile, semak dahulu Unifi Mobile coverage yang ada liputan 4G. Jika tiada coverage, tidak perlu memohon. Semak coverage disini.

Selamat membuat permohonan Simkad Unifi Mobile Secara Percuma secara online.

Leave a Reply