Cara Semak Keputusan Rayuan BPN (Fasa 3) Mulai 18 Jun 2020

Cara Semak Keputusan Rayuan BPN (Fasa 3) Mulai 18 Jun 2020. Bilakah tarikh semakan rayuan permohonan BPN? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Untuk makluman, semakan status rayuan BPN boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 18 Jun 2020 menerusi laman web rasmi BPN. Keputusan rayuan BPN adalah muktamad. Bagi anda yang lulus bayaran BPN akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan pada akhir bulan Jun 2020.

Cara Semak Keputusan Rayuan BPN (Fasa 3) Mulai 18 Jun 2020

Setakat ini, sebanyak 10.6 juta penerima pembayaran BPN telah diluluskan dengan 10.04 juta orang telah menerima pembayaran BPN sebanyak RM 10.78 bilion setakat 5 Jun 2020. Bagi baki penerima BPN yang lulus yang belum mendapatkan bantuan tersebut, mereka boleh membuat penunaian BPN di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum 31 Disember 2020.

Cara Semak Keputusan Rayuan BPN (Fasa 3) Mulai 18 Jun 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan tarikh, aplikasi semakan dan kaedah bayaran :

Menerusi laporan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 191,000 rayuan BPN sehingga 31 Mei 2020. Sebanyak 181,000 rayuan Bantuan Prihatin Nasional telah diluluskan membabitkan pembayaran berjumlah RM162 juta yang akan dibayar secara sekaligus pada akhir bulan Jun 2020.

Tarikh Keputusan Rayuan BPN

Menurut laporan LAKSANA ke-8, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan bahawa keputusan rayuan BPN akan diketahui pada pertengahan bulan Jun 2020. Makluman terkini, keputusan rayuan BPN boleh disemak mulai 18 Jun 2020.

Cara Semak Status Bantuan Prihatin Nasional

  1. Semakan status boleh disemak secara online di laman portal rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my/
  2. Selepas klik, anda akan berada di bahagian Semakan Status.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
  4. Tekan butang Cari.
Cara Semak Keputusan Rayuan BPN (Fasa 3) Mulai 18 Jun 2020
Contoh Status Rayuan BPN

Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional

Bagi anda yang mempunyai akaun bank akan terus dimasukkan ke akaun masing-masing. Manakala yang tidak memiliki akaun bank, anda boleh perlu menyemak nombor siri BPN untuk menunaikan Bantuan Prihatin Nasional di kaunter Bank Simpanan Nasional.

Dijangka bayaran rayuan Bantuan Prihatin Nasional akan dikreditkan pada akhir bulan Jun 2020.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi di talian 03-88829089/ 03-88829087/ 03-88829191 atau LHDNM di talian 1-800-882747.

BACA JUGA : Semakan Nombor Siri Dan Penunaian BPN Di Kaunter BSN

Leave a Reply