Cara Semak Dekoder Percuma MYTV Secara Online, Tambahan 1 Juta Lagi! Anda penerima BSH 2020? Panduan buat isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang layak menerima dekoder percuma MYTV. Untuk makluman, kerajaan bercadang untuk menambah 1 juta lagi dekoder MYTV untuk siaran televisyen percuma myFreeview kerana mendapat permintaan tinggi. Bagi nama yang tersenarai boleh semak status penghantaran dekoder MYTV secara dalam talian (online) menerusi portal rasmi MYTV. Dekoder percuma ini akan dihantar ke rumah penerima masing-masing.

Cara Semak Dekoder Percuma MYTV Secara Online, Tambahan 1 Juta Lagi!
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dekoder Percuma MYTV termasuk memaparkan senarai saluran dan aplikasi semakan serta cara mengakses :
Apa Itu Siaran Digital myFreeview
myFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan siaran TV dan radio popular di Malaysia tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.
Senarai Saluran myFreeview Yang Ditawarkan
Antara saluran myFreeview yang ditawarkan adalah seperti berikut :
SALURAN TV
- TV1 (HD)
- TV2 (HD)
- TV Okey
- RTM Sports HD
- RTM Bes HD
- TV3 (HD)
- CJ Wow Shop (Melayu)
- CJ Wow Shop (Cina)
- NTV7
- 8TV
- TV9
- TV Al-Hijrah (HD)
- Bernama News Channel
- Astro Go Shop
- Drama Sangat
- Awesome TV
SALURAN RADIO
- Nasional FM
- Traxx FM
- Minnal FM
- Ai FM
- Klasik FM
- Asyik FM
Nota : Lebih banyak saluran yang akan di tambah dari masa ke semasa.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Claim RM50 Kredit ePENJANA
Semakan Status Dekoder Percuma MYTV Online
1. Semakan status dekoder MYTV boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://status.mytvbroadcasting.my/
2. Untuk membuat semakan masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang semak.
Cara Mengakses Saluran MyFreeview
Saluran myFreeview boleh dinikmati menggunakan TV baru dan lama dengan dekoder DVB-T2 atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF.
Untuk pemasangan sendiri, rujuk Pemasangan. Penonton juga boleh mengakses Siaran Digital myFreeview menggunakan perkhidmatan DTH.
Untuk bantuan lanjut, sila Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988.
BACA JUGA : Permohonan Dan Semakan Status Bantuan Ibu Tunggal RM300
Sumber : bharian


