Cara Permohonan Bantuan JKM 2020 Bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, OKU & Warga Emas (Senarai Bantuan)

Cara Permohonan Bantuan JKM 2020 Bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, OKU & Warga Emas (Senarai Bantuan). Panduan buat anda yang ingin membuat pendaftaran bantuan JKM tahun 2020. Untuk makluman, kini anda boleh membuat pendaftaran dan semak status permohonan bantuan JKM secara atas talian (online) melalui Portal eBantuan JKM. Permohonan ini juga boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Terdapat beberapa jenis bantuan JKM yang ditawarkan antaranya iaitu Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Orang Tua, Bantuan Am Persekutuan dan banyak lagi.

Cara Permohonan Bantuan JKM 2020 Bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, OKU & Warga EMAS (Senarai Bantuan)

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dikenali sebagai JKM adalah satu institusi kerajaan yang bertujuan menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian. Kumpulan sasar JKM termasuklah kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, orang miskin, ibu tunggal, keluarga bermasalah dan mangsa bencana.

Cara Permohonan Bantuan JKM 2020 Bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, OKU & Warga Emas (Senarai Bantuan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk memaparkan senarai bantuan, cara permohonan dan aplikasi semakan :

Menurut makluman terkini, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan usul untuk kenaikan bantuan JKM sehingga RM1000.

Senarai Bantuan JKM Yang Ditawarkan

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  5. Bantuan Orang Tua (BOT)
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA)
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS)

Syarat Kelayakan Bantuan JKM

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Kadar : Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak-kanak.

Kriteria :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

2. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Kadar : RM250 sebulan

Kriteria :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Tidak berupaya bekerja;
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa

3. Bantuan Orang Tua (BOT)

Kadar : RM350 sebulan seorang

Kriteria :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

4. Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Kadar : RM400 sebulan seorang

Kriteria :

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah;

5. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Kadar : RM350 sebulan seorang

Kriteria :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000;

6. Bantuan Am Persekutuan (BA)

Kadar : RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga

Kriteria : Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

7. Bantuan Am Negeri

Kadar : RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga

Kriteria :

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain;

8. Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Kadar : RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Kriteria :

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

9. Bantuan Latihan Perantis (BLP)

Kadar : RM200 sebulan seorang

Kriteria :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat.

10. Bantuan Geran Pelancaran (GP)

11. Tabung Bantuan Segera (TBS)

12. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)

Cara Permohonan Bantuan JKM 2020 Secara Online & Manual

A. Secara Online

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal eBantuan JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/.

Nota : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

B. Secara Manual

1. Pemohon juga boleh membuat permohonan bantuan JKM secara manual iaitu mengisi borang permohonan dengan hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

2. Sila bawa beberapa dokumen sokongan bersama dengan borang permohonan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Borang berkaitan :

Cara Semak Status Bantuan JKM Online

Semakan status permohonan boleh dibuat secara online di laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.

Untuk keterangan lanjut tentang JKM, sila hubungi di talian :

Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Aras 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

No. Tel : 03-8000 8000

BACA JUGA : Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 (PENJANA)

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu tentang bantuan yang diumumkan oleh kerajaan. Untuk makluman lanjut sila layari ke laman web rasmi JKM dan JPW.

Sumber : JKM

Leave a Reply