Cara Pengiraan Bil Anggaran Kepada Caj Penggunaan Sebenar Semasa PKP/PKPB

Cara Pengiraan Bil Anggaran Kepada Caj Penggunaan Sebenar Semasa PKP/PKPB. Apa itu Bil Anggaran dan bezanya dengan Bil Caj Penggunaan Sebenar? Sepanjang tempoh PKP, bil anda telah dianggarkan berdasarkan jumlah bil yang sama (RM) bagi bulan sebelumnya kerana operasi bacaan meter dan penyerahan bil di premis dihentikan sementara waktu. Mulai 15 Mei 2020, operasi bacaan meter dan penyerahan bil sebenar telah bermula secara berperingkat dimana bil yang diserahkan berkemungkinan akan lebih tinggi kerana penggunaan yang meningkat semasa berada di rumah dan meliputi tempoh penggunaan yang melebihi 1 bulan.

Cara Pengiraan Bil Anggaran Kepada Caj Penggunaan Sebenar Semasa PKP/PKPB

Untuk pengetahuan, kini TNB juga menyediakan Pelan Bayaran Mudah (PBM) untuk membantu dalam menjelaskan peningkatan bil semasa Perintah Kawalan Pergerakan. PBM adalah sebagai tambahan kepada diskaun berperingkat berjumlah dua hingga 50 peratus yang ditawarkan kepada pelanggan bagi penggunaan elektrik dari 1 April sehingga 30 September 2020. Sekiranya pelanggan menerima bil bulanan sebenar pertama dimana anda mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran penuh atau mengikut jumlah PBM.

Cara Pengiraan Bil Anggaran Kepada Caj Penggunaan Sebenar Semasa PKP

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengiraan bil elektrik semasa PKP/ PKPB termasuk memaparkan cara kiraan bil anggaran, kiraan bil kaedah prorata dan mendapatkan bil sebenar :

Apa Itu Bil Anggaran?

Bil anggaran boleh didapati menerusi saluran digital TNB seperti portal dan aplikasi MyTNB serta perbankan Internet sekiranya bil TNB didaftar sebagai pembayar.

Prinsip Pelarasan Bil Anggaran

a. Prinsipnya mudah sahaja, unit penggunaan sebenar akan dibahagikan secara sama rata mengikut bilangan hari yang telah dianggarkan sebelum ini dan dijumlahkan semula secara bulanan.

b. Jadi jumlah unit penggunaan setiap bulan akan didarabkan dengan kadar blok tarif yang sepatutnya.

Artikel Berkaitan : Cara Semak Bil Elektrik TNB Online Melalui myTNB

Cara Pengiraan Pelarasan Bil Anggaran Dibuat

Cara Pengiraan Bil Anggaran Kepada Caj Penggunaan Sebenar Semasa PKP/PKPB

Pengiraan Bil Secara Kaedah Prorata

Cara Mendapatkan Bil Elektrik Dengan Bacaan Sebenar

Terdapat dua (2) kaedah di mana tuan/puan boleh mendapatkan bil dengan bacaan sebenar:

a. Sebagai pemilik akaun elektrik, tuan/puan boleh mengaktifkan perkhidmatan Self Meter Reading (SMR) dan menghantar bacaan pada meter di premis melalui aplikasi atau portal myTNB untuk tujuan pembilan apabila menerima notifikasi/SMS daripada pihak TNB. Perkhidmatan ini tersedia kepada pengguna kediaman (domestik) yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mytnb.com.my/residential/get-electricity/self-meter-reading.

b. Tuan/puan juga boleh memajukan gambar bacaan meter di premis, tarikh gambar meter diambil berserta nombor akaun TNB (12-digit) melalui :

  • Media Sosial: Direct message kepada Facebook “TNB CareLine”
  • E-mel: tnbcareline@tnb.com.my

Nota : Setelah semakan dibuat untuk memastikan maklumat bacaan meter yang diberikan adalah teratur, pelarasan bil dengan bacaan sebenar akan dibuat dalam masa lima (5) hari bekerja.

BACA JUGA : Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 50% Selama 6 Bulan (PRIHATIN)

Untuk keterangan lanjut berkenaan pengiraan, sila hubungi di talian 1-300-88-5454 atau emel tnbcareline@tnb.com.my.

Sumber : TNB

Leave a Reply