Cara Kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia Versi 2.5 Dan Dapatkan Kod QR. Perhatian buat rakyat Malaysia yang ingin pulang ke rumah masing-masing daripada halaman kampung. Untuk makluman, kini pengguna aplikasi Gerak Malaysia disarankan mengemaskini aplikasi tersebut ke versi terkini 2.5 bagi membolehkan pengguna memperoleh kelulusan perjalanan rentas negeri menerusi Kod Respon Pantas atau ‘Quick Response Code’ (Kod QR). Aplikasi Gerak Malaysia akan ditingkatkan ke versi 2.5 mulai pada 7 Mei 2020.

Bagi pengguna Android anda boleh mengemaskini aplikasi di Google Play Store. Manakala pengguna iOS, versi terbaru di Apple App Store (versi 2.5) akan dikemaskinikan oleh Apple pada 7 Mei 2020. Sebelum ini pemohon hanya perlu mendaftar dan membuat permohonan perjalanan rentas negeri di aplikasi Gerak Malaysia tanpa perlu ada kelulusan. Namun kini, pengguna perlu mengemaskini aplikasi Gerak Malaysia kepada versi terkini bagi menjana Kod QR sebagai bukti dan kelulusan permohonan.
Cara Kemaskini Aplikasi Gerak Malaysia Versi 2.5 Dan Dapatkan Kod QR
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Aplikasi Gerak Malaysia termasuk memaparkan cara kemaskini dan dapatkan Kod QR :
Cara Guna Aplikasi Gerak Malaysia Versi 2.5
LANGKAH 1 : Pastikan anda muat turun atau kemaskini aplikasi Gerak Malaysia versi terkini di platform App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
LANGKAH 2 : Masuk ke ‘Pilih Kategori’.
LANGKAH 3 : Pilih ‘Perjalanan Antara Negeri’ yang di bahagian bawah sekali.
LANGKAH 4: Isi alamat asal iaitu alamat tempat yang sedang diduduki sekarang ini, sekarang ni ada di mana.
LANGKAH 5 : Isi alamat destinasi iaitu alamat tempat yang ingin dituju, tempat yang nak pergi tu. Kemudian jana Kod QR.
LANGKAH 6 : Apabila dah dipilih untuk jana kod qr, ketika melalui sekatan jalan raya, pihak polis meminta kod qr. Masuk ke Pamerkan Kod QR.
LANGKAH 7 : Anggota polis akan mengimbas kod qr tersebut dan semua maklumat akan diketahui.

Cara Dapatkan Kod QR Untuk Pergerakan Rentas Negeri
Berikut adalah cara jana Kod QR untuk digunakan ketika hari perjalanan :
a. Lancar aplikasi Gerak Malaysia
b. Pilih “Pamerkan Kod QR”
c. Pilih Kod QR yang ingin dipamerkan
JANA KOD QR PADA TARIKH ANDA INGIN BERGERAK. BUKAN TERUS JANA SEKARANG.
KOD QR AKTIF 24 JAM SAHAJA. ANDA TIDAK BOLEH MEMBUAT PERGERAKAN 2 HALA SECARA TERUS. ANDA PERLU MENGIKUT JADUAL PERGERAKAN.
Contoh Situasi : Anda dari Kuala lumpur ingin ke Perlis. Anda perlu janakan Kod QR pada 7 Mei 2020 BUKAN HARI INI. Kod QR AKTIF 24 JAM SAHAJA. Bila sampai di Perlis anda perlu membuat permohonan baru Gerak Malaysia untuk pergerakan dari Perlis ke Kuala Lumpur pada 9 Mei 2020 untuk dapatkan Kod QR yang baru dari Perlis ke Kuala Lumpur.
Untuk makluman lanjut, sila hubungi di talian :
- Laman web : https://www.gerakmalaysia.gov.my
- E-mel : info@gerakmalaysia.gov.my


