Tema Hari Guru 2020: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Tema Hari Guru 2020: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan | Apakah tema Hari Guru tahun 2020? Secara lazimnya tanggal 16 Mei, sebagai pelajar kita akan mengingati jasa-jasa guru yang banyak mengorbankan masa mereka dengan melatih, mengajar dan mendidik sehingga berjaya. Menerusi kenyataan dari Kementerian Pendidikan, tema Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’ telah diangkat sebagai tema Hari Guru 2018. Jika sebelum ini temanya adalah Guru Pembina Bangsa Negara.

Tema Hari Guru 2018: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Tema Hari Guru 2020: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan tema Hari Guru 2020 meliputi definisi dan huraian :

○ Tarikh Hari Ibu 2018 Malaysia

DEFINISI & HURAIAN GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

A. DEFINISI

GURU: Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.

PEMACU: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.

TRANSFORMASI: Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.

PENDIDIKAN: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

B. HURAIAN

1. Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi  transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.

2. Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.

3. Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking.

Senarai Tema Hari Guru

Berikut adalah senarai tema Hari Guru dari tahun 2005 hingga sekarang ;

2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

2017 : Guru Pembina Negara Bangsa

2016 : Guru Pembina Negara Bangsa

2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

2014 : Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

2013 : Guru Malaysia : 1Aspirasi 1Agenda

2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

2011 : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

2010 : Guru Pembina Negara Bangsa

2009 : Guru Pembina Negara Bangsa

2008 : Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 : Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 : Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

Leave a Reply