Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 Online Untuk Golongan B40 (RMMT)

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 Online Untuk Golongan B40 (RMMT). Anda ingin memiliki sebuah rumah idaman? Berita buat anda khususnya rakyat negeri Terengganu yang berpendapatan rendah dan ingin memiliki rumah. Untuk makluman, kerajaan Negeri Terengganu menawarkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) kepada golongan yang berpendapatan rendah. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Mampu Milik Terengganu secara atas talian (online) menerusi laman web eperumahan.terengganu.gov.my.

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 Online Untuk Golongan B40 (RMMT)

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 Online Untuk Golongan B40 (RMMT)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Mampu Milik Terengganu termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan hubungi :

Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Terengganu

Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Mampu Milik Terengganu adalah seperti berikut :

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
  3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.
  7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya

Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu Online

1. Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman web rasmi http://eperumahan.terengganu.gov.my/eperumahan2/

2. Log masuk ke akaun pemohon.

3. Pilih daerah projek perumahan.

4. Isi atau kemaskini maklumat pemohon dan klik hantar.

Nota : Bagi anda yang mendaftar sebelum ini, sila klik DISINI untuk kemaskini maklumat.

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 Kepada Golongan B40 (RMMT) Online

Senarai Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu

1. BESUT

2. DUNGUN

3. KEMAMAN

4. KUALA TERENGGANU

5. MARANG

6. HULU TERENGGANU

7. SETIU

8. KUALA NERUS

Nota : Untuk permohonan boleh klik pada pautan di atas.

Sebarang pertanyaan tentang Rumah Mampu Milik Terengganu, sila hubungi di talian:

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
( PERUMAHAN )
Tingkat Bawah No. 28,
Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Telefon : 09 – 626 7999 / 09 – 631 7999
Faks : 09 – 6262999

BACA JUGA : Cara Permohonan Skim Perumahan PPR MyHome PPAM & Rumah Transit

Penafian : Kerajaan Negeri tidak melantik mana-mana pihak untuk mewakili dalam urusan permohonan rumah mampu milik (RMM). Laman web myinformasi hanya siarkan atau uar-uarkan informasi tersebut kepada orang ramai. Tiada kaitkan dengan kerajaan Negeri Terengganu.

Leave a Reply