Cara Mohon Rumah Kos Rendah Sewa/ Beli Dengan Harga Serendah RM47,000. Berita baik buat golongan berpendapatan rendah B40 yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar, Sabah (LPPB) mengumumkan satu skim perumahan baharu iaitu Rumah Kos Rendah Sewa/ Beli khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 dengan harga serendah RM47,000. Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian (online) di laman web rasmi LPPB.

Cara Mohon Rumah Kos Rendah Sewa/ Beli Dengan Harga Serendah RM47,000
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Kos Rendah Sewa/ Beli termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Apa Itu Rumah Kos Rendah Sabah?
Program Rumah Kos Rendah (Sewa/ Beli) adalah merupakan satu program kerajaan negeri sabah untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar atau ringkasnya LPPB adalah agensi pelaksana utama untuk permohonan perumahan ini yang berharga RM47,000 seunit dan ke atas.
Syarat Kelayakan Rumah Kos Rendah
Antara syarat-syarat kelayakan rumah kos rendah yang dianjurkan oleh LPPB adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah)
- Berumur 18 tahun ke atas pada waktu memohon
- Sudah berkeluarga atau bujang tetapi menanggung keluarga
- Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak kurang RM750 dan tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Tidak memiliki rumah kediaman sendiri
- Tidak memiliki tanah sendiri
Artikel Berkaitan : Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) 2020
Cara Daftar Rumah Kos Rendah Sewa/ Beli Sabah
1. Pendaftaran Rumah Kos Rendah boleh dibuat secara online menerusi pautan https://lppbspt.cloud.joget.com/ atau ke laman web rasmi http://www.lppb.gov.my/.
2. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengenalan dan Surat Daftar Kelahiran.
3. Anda boleh muat turun dokumen berkenaan dalam bentuk jpg, gif dan png sahaja.
4. Ikuti proses seterusnya dan hantar permohonan anda sekiranya sudah lengkap.
Semakan Permohonan Rumah Kos Rendah Sewa/ Beli
Bagi anda yang telah membuat pendaftaran, semakan tawaran kelulusan perumahan ini boleh disemak menerusi emel yang akan dihantar kepada pemohon.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian :
- Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar, Sabah
- No. Tel : +6088 287 777/ +6088 222 670
- Emel : info@lppb.gov.my
BACA JUGA : Cara Mohon Skim Perumahan Belia (SPB) BSN MyHome
Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) atau agensi-agensi yang lain. Laman ini hanya kongsikan maklumat terkini berkaitan yang diambil dari sumber yang sahih. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan. Untuk makluman lanjut sila ke laman web rasmi LPPB.
Di mana tempat projek ini tolong jelaskan.