Cara Mohon Rumah Impian Bangsa Johor Dibuka Mulai 22 Julai Online (RIBJ)

Cara Mohon Rumah Impian Bangsa Johor Dibuka Mulai 22 Julai Online. Berita baik buat warga Johor yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman kini anda boleh memohon Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) yang dibuka mulai 22 Julai sehingga 31 Ogos 2020. Harga rumah bermula RM85,000.00 dan ke atas ini mempunyai jenis rumah yang pelbagai dan terletak berdekatan dengan AEON Bandar Dato’ Onn. Permohonan atau kemaskini maklumat ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi RIBJ.

Cara Mohon Rumah Impian Bangsa Johor Dibuka Mulai 22 Julai Online

Cara Mohon Rumah Impian Bangsa Johor Dibuka Mulai 22 Julai Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Impian Bangsa Johor termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, ciri-ciri rumah dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 22 Julai – 31 Ogos 2020

Apa Itu Rumah Impian Bangsa Johor

Projek Rumah Impian Bangsa Johor di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) telah dilancarkan pada 22 Mac 2017 untuk memastikan setiap rakyat Johor memiliki rumah impian sendiri serta selesa pada harga mampu milik.

Syarat Kelayakan Rumah Impian Bangsa Johor

Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Impian Bangsa Johor adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan berusia 25 tahun ke atas
  • Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon dan pasangan yang belum memiliki hartanah
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000

Jenis Rumah dan Ciri-Ciri RIBJ

  • Bandar Dato’ Onn : RM85,000 – RM100,000 Tidak lebih RM5,000 sebulan
  • Sesebuah dua tingkat, Berkembar dua tingkat, Kluster dua tingkat, Teres dua tingkat
  • Jumlah Unit : 488 unit
Cara Mohon Rumah Impian Bangsa Johor Dibuka Mulai 22 Julai Online

Cara Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor

Bagi yang berminat perlu membuat pendaftaran secara atas talian (online) menerusi portal https://ribj.sijf.my/site/login

Semakan Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor

Semakan permohonan Rumah Impian Bangsa Johor di Bandar Dato Onn boleh dibuat pada tarikh yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web sijf.my atau hubungi di talian seperti berikut ;

Pejabat Urusan
Yayasan Sultan Ibrahim Johor,
Lot B-01, Aras 1,
Bangunan Terminal Larkin Sentral,
Jalan Garuda, Larkin Sentral,
80350 Johor Bahru, Johor

Talian: +607 207 2735
Faks: +607 207 2735

BACA JUGA : Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2020 Terkini

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan Yayasan Sultan Ibrahim Johor. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu makluman terkini tentang permohonan perumahan tersebut.

Leave a Reply